Followers

Friday, January 28, 2005

Kempen Berbudi Bahasa

Ermm sejak akhir akhir nie kerajaan banyak lancarkan kempen. Antara lainnya ialah kempen memerangi denggi dan kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Kempen memerangi denggi diadakan kerana banyak kes kematian dilaporkan akibat denggi. Kes yang terbanyak dilaporkan di Selangor. Aku tak pelik sebab aku pernah tinggal di Ampang..PBT kat sana memang kurang aktifpun. Sampah sarap bersepah-sepah. Nak disalahkan orang awam memang patut sebab mereka yang membuang sampah tu dan kurang kesedaran sivik namun pihak berkuasa juga perlu bertindak. Dah kalau tau sampah bersepah, longkang tersumbat kenalah buat sesuatu. Ni sampai dua-dua pihak taknak berkerjasama memang payah. Sekarang nie kerajaan memang berusaha untuk membendung penyakit nie tapi yang paling diharapkan ialah kerjasama daripada orang awam atau sesuatu komuniti di sesebuah tempat. Ini kerana kalau tiada kerjasama daripada penduduk setempat maka kempen ini tidak akan berkesan. Kalau nak diharap pada pihak PBT sahaja memang tak boleh sebab mereka kekurangan orang untuk membersihkan diseluruh kawasan mereka. Akupun dah start clearkan kawasan rumah aku takut-takut kalau jadi kawasan pembiakan nyamuk tak ke naya nanti. Kempen lagi satu ialah kempen berbudi bahasa. Orang ramai diseru supaya mengamalkan budi bahasa yang baik. Akupun sokong kempen nie sebab budi bahasa dalam masyarakat kita dah semakin hilang dan terhakis dari generasi muda. Ramai yang sudah tak menghormati orang lain dan juga ramai yang bertindak mengikut perasan. Baru-baru nie terjadi satu kes samseng jalan raya yang menyayat hati. Muhamad Nazri yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cheras telah dibunuh dengan mengunakan pengunci stereng kereta dalam satu kes kemalangan. Dia dipercayai dibunuh oleh samseng jalanraya yang bertindak melampaui batas. Selain itu tujuan kempen ini juga adalah ditujukan buat kakitangan awam supaya mereka tidak lagi mengunakan bahasa kasar semasa bekerja dan berhubungan dengan pelanggan. Ini kerana banyak kes dilaporkan melibatkan kakitangan awam yang bersikap kasar dan sombong semasa berurusan dengan pelanggan. Akupun tak tahulah sejauh mana kebenaran kes nie sebab aku sendiri tidak mengalaminya tapi aku percaya bahawa memang banyak kes seumpama ini terjadi. Ini perkara biasa kerana ia melibatkan hubungan diantara sesama manusia. Aku sendiripun dulu selalu mengamuk dan mudah marah kalau berhadapan dengan orang yang banyak kerenah. Tapi benda nie bergantung pada diri masing-masing. Sejauh mana keberkesanan kempen nie bergantung pada masyarakat juga kerana mereka sendiri akan menilaikan diri mereka sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...