Followers

Tuesday, May 27, 2014

BABI SENGAJA MASUK KE DALAM COKLAT CADBURY ?


Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. bakal berdepan tindakan tegas sekiranya didapati dengan sengaja memasukkan bahan yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) ke dalam coklat keluaran syarikat itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, tindakan itu akan diambil di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 untuk melindungi orang awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara berkaitan dengannya.

Beliau berkata, akta itu memerlukan pihak pengilang bertanggungjawab memastikan setiap ramuan dinyatakan dengan jelas pada label sesuatu produk bagi membolehkan pengguna membuat pemilihan sama ada halal atau tidak.

"Sehubungan itu, pihak kementerian akan menjalankan lawatan pemeriksaan terhadap kilang pembuatan coklat berkenaan dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

"Hal demikian kerana kita tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran dalam rantaian pembuatan coklat berkenaan dan keputusan mengenainya hanya akan diketahui selepas beberapa bulan," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Subramaniam berkata, semua urusan yang berkaitan dengan pensijilan halal akan terus dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). - Sumber

Aku tertarik dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. bakal berdepan tindakan tegas sekiranya didapati dengan sengaja memasukkan bahan yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) ke dalam coklat keluaran syarikat itu.

Sudah terang terang pihak Cadbury memang memasukkan babi dengan sengaja. Takkan ada babi saja saja nak  masuk dalam coklat itu. Dan jika ianya adalah perbuatan khianat, pihak Cadbury juga dilihat seolah olah tidak kisah dengan insiden ini. Malah sehingga kini mereka masih belum meminta maaf secara terbuka kepada umat islam.

2 comments:

Asrul said...

pegang coklat cadbury kene sama ler..

Alan said...

ikutlah nak samak ke tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...