Followers

Monday, May 26, 2014

CADBURY COKLAT PERISA BABI


Baru baru ini negara digemparkan dengan pendedahan mengenai coklat jenama Cadbury yang mengandungi lemak babi. Coklat Cadbury Dairy Milk dengan Kacang Hazel dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam telahpun didapati positif babi apabila KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menjalankan analisa terhadapnya.



Berikutan itu, Cadbury Malaysia telahpun menarik balik kesemua produk itu daripada pasaran. Walaubagaimanapun pihak Cadbury masih enggan meminta maaf kepada pengguna terutama kepada umat islam.



Sementara itu JAKIM pula telah menarik balik sijil halal terhadap dua produk berkenaan dan mereka akan memantau perkembangan terbaru. Itulah jawapan JAKIM. Jawapan nak melepaskan diri. Apapun kita tunggulah apa tindakan JAKIM. Adakah JAKIM benar benar akan mengambil tindakan tegas, ataupun sekadar mengenakan denda sahaja kepada syarikat Cadbury.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...