Followers

Monday, March 17, 2014

SAIZ BUKAN PENENTU SEGALANYA


Saya mempunyai masalah zakar kecil berbanding lelaki seusia. Waktu mengendur zakar akan tenggelam dan ketika tegang cuma berukuran enam sentimeter.

Saya mohon nasihat doktor cara sihat dan amalan bagaimana perlu dilakukan untuk mendapatkan saiz zakar lebih panjang dan mempunyai ukur lilit yang boleh dibanggakan. Saya ada terbaca dalam laman sosial mengenai pil dan amalan mengurut menggunakan minyak lintah tetapi sejauh manakah keberkesanan mengamalkan pil ini dan urutan pada zakar?

Semua lelaki beranggapan saiz dan ukuran anggota kelamin mereka diukur mengikut ketinggian dan besar tubuh badan. Jadi untuk lelaki yang sebesar anda, sudah tentu saiz anggota kelamin ketika ereksi besar daripada biasa. Jika purata saiz dan ukuran zakar lelaki 13 sentimeter, pasti ia lebih untuk lelaki sebesar anda. Malangnya tanggapan ini tidak tepat.

Mungkin ada kaitan dengan baka atau anggota kelamin anda tidak sensitif kepada hormon testosteron, maka tiada tindak balas dan tiada tumbesaran yang berlaku. Anda usah mudah terpengaruh kepada pil ajaib atau krim ajaib atau produk yang konon dapat membantu menambah saiz zakar.

Saya pernah mengendalikan sebilangan lelaki seperti anda yang mempunyai anggota kelamin yang berukuran kurang menyenangkan. Jika lelaki itu gemuk serta mempunyai banyak lemak di paras tundun, maka saya akan syorkan lelaki itu menguruskan badan terlebih dulu.

Saya pasti anda bercita-cita menambah saiz anggota kelamin. Tapi anda perlu dapat bimbingan dan bantuan yang tepat.

Sumber : Harian Metro

1 comment:

Anonymous said...

razak punya berapa inci? haha..


Asrul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...