Followers

Sunday, January 26, 2014

SESI RAWATAN ELISYA


Macam biasalah kalau tak menghabiskan duit, tu bukan aku ler. Semalam waktu aku tengah drive, tiba tiba brek Elisya tak boleh pakai. Tiba tiba rasa macam jem. Nasib baik sempat berhenti sebelum dia sondol kereta depan. Kalau doa sondol, memang menjadi lagilah eksiden macam dulu.


Sebenarnya masalah brek ni dah lama. Tapi aku je saja malas nak repair. Last last rasa malas dah nak main acah acah dengan kereta depan, terpaksa jugalah aku hantar bengkel. Pomen tu cakap brek disk aku kena "asah" balik. Kalau rasa macam banyak duit, tukar je yang baru. Disebabkan aku tak rasa banyak duit, aku suruh dia "asah" je. Sebenarnya skim. Buang calar calar pada besi tu. Dekat sejam lebih jugalah aku menunggu.


Akupun tak tahulah elok ke tak buat skim ni. Aku google, ada yang kata tak elok. Ada yang kata okey je. Tapi aku cuba je lah. Untung sabut timbul. Untung mati, tanam je terus dalam tanah. Tapi tadi aku main brek, macam tak berapa ok juga. Nak cecah lantai jugalah pijak brek tu. Tak berani aku nak main pecut macam dulu. Ada duit nanti nak buat balik brek tu.


Dah cabut tayar, skim brek disk, kenalah buat alignment tayar pulak. Setakat alignment ni takde hal. Biasa buat. Hantar kedai tayar sudah. Tapi yang menyampah bila buat alignment, mesti ada je barang kena tukar. Selalunya skru chamber. Tapi tadi skru okey cuma kena buat apa ntah sebab tayar tu kangkang sangat. Kalau dia cakap skru chamber tak elok, memang kena sesah lah dengan aku pasal masa repair brek disk, elok je skru tu.

2 comments:

shaFazie said...

kereta pun nak manja2 jugak..
kalau 1 wat hal mulalah yg lain wt hal sabar jelah

Alan said...

tau xpe huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...