Followers

Sunday, January 19, 2014

MENCARI HALUAN DIRI


Kembali semula menulis untuk blog ini. Untuk tahun 2014 ini, aku masih lagi mencari cari dimana kekuatan aku didalam bidang penulisan blog ini. Sama ada didalam isu politik, peribadi, kereta, fensyen ataupun lain lain. Gila kan. Blogging dah 10 tahun. Kira tahun 2014 ini dah masuk 11 tahun. Tapi masih lagi tak tahu hala tuju. Hebat kan.

Tapi rasanya aku mungkin akan sapu bersih semua kategori kot. Sebab kalau aku nak fokus hanya pada satu satu kategori saja, aku bukan jenis banyak idea. Aku bukan formen kereta yang tahu nak bercerita tentang kereta sahaja. Bukan pemikir politik mahupun ahli politik untuk bersembang politik 24 jam, bukan pakar fesyen sebaliknya mangsa fesyen kott ^_^. Dan bukan ada gadjet terbaru untuk dibuat review. Jadi aku akan teruskan cara menulis macam ni. Cerita merepek, hikayat dan sedikit sebanyak berita berita semasa. Itupun jika aku sempatlah. Kalau berita dah 3 4 hari, takkan aku nak letak juga kan.

Apapun jika tidak ada kerajinan, semua ni hanya tinggal impian. Blog akan kembali bersawang macam tahun lepas. Harap untuk tahun ni, aku rajin rajinkan diri okey.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...