Followers

Sunday, December 08, 2013

MENCARI HALA TUJU #lifestyle

Dalam hidup ini, kita akan diuji dengan pelbagai dugaan. Aku juga tak terkecuali dari menghadapinya. Cabaran paling besar setakat ini adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lagi beberapa hari, aku kembali bebas. Bebas memang menarik bunyinya tetapi harga yang perlu dibayar begitu mahal. Bebas dari tangungan beban kerja tetapi itu juga bermakna kewangan aku kembali kosong. Bila kewangan kosong, hidup bebaspun bagaikan rasa dipenjara.

Perit getir mencari rezeki bagi melunaskan segala hutang piutang membuatkan aku terfikir, apakah tujuan hidup kita sebenarnya. Adakah wang yang kita cari, harus digunakan untuk menyelesaikan hutang, menampung kos kehidupan dan lain lain ?

Aku pernah terbaca didalam sebuah akhbar mengenai falsafah seorang jutawan. Katanya, wang bagaikan udara. Kita merasa udara yang banyak seolah olah tiada nilai. Tetapi apabila kita tak cukup udara untuk bernafas, kita akan merasa susah dan begitu mahukannya. Begitu juga dengan wang. Wang yang banyak sebenarnya membuatkan seseorang itu tak begitu menghargai nilai wang. Sebaliknya apabila kekurangan wang, barulah kita merasa wang itu amat perlu sekali.

Untuk tahun hadapan, aku berserah sahaja dengan rancanganNya. Sepertimana yang dipesan oleh guruku suatu ketika dahulu, jika ada kemahuan dan usaha, pasti akan temui kejayaan. Aku percaya kata katanya kerana sudah ramai yang berjaya kerana usaha dan kemahuan mereka yang kuat. Insyaallah aku akan turuti pesanan guruku.

2 comments:

Anonymous said...

kontrak tamat ke bro?

asrul

alan said...

yes :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...