Followers

Monday, November 04, 2013

PENGAWAL SAMUN KEDAI EMAS DITANGKAP


Polis menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes samun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak Khamis lalu, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat pagi ini.

Suspek warga Filipina berusia 27 tahun itu ditahan bersama seorang rakannya ketika sedang makan di sebuah kedai makanan segera kira-kira pukul 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut menggunakan kad pengenalan lelaki tempatan.

Katanya, seorang daripada mereka juga mengaku melakukan samun di kedai emas tersebut pada 31 Oktober lalu.

"Siasatan awal mendapati seorang suspek mengaku terlibat dengan kes samun kedai emas di KL Festival City, Setapak dan menyatakan pistol yang digunakan disimpan di sebuah rumah di Pandan Jaya".

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu, pengawal keselamatan kedai emas terbabit yang menggunakan kad pengenalan bernama Hikman Jacob, 23, berasal dari Kampung Bingkor, Keningau, Sabah mengacu pistol terhadap pengurus kedai dan enam pekerja lain yang sedang menyusun barang kemas dalam cermin pameran.

Chin Wah berkata, susulan penahanan itu, suspek pertama membawa pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ke sebuah rumah pangsa di Pandan Jaya dekat sini dan menjumpai sepucuk pistol Smith & Wesson Rev .38 bersama lima butir peluru serta satu sarung pistol.

Pengawal warga Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu ni merompak kedai emas berkenaan susulan seorang  pengawal warga asing membunuh dan melarikan wang bernilai lebih empat ratus riobu ringgit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...