Followers

Wednesday, October 30, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN - SELAMATKAH ANDA ?


Baru baru ini negara digemparkan dengan pembunuhan kejam seorang pegawai bank AmBank, Norazita Abu Talib, 37 tahun ditembak dibahagian muka oleh pengawal keselamatan. Tujuan pengawal itu membunuh wanita itu adalah untuk merompak duit yang dianggarkan RM430,000.

Lebih malang, pengawal keselamatan itu sebenarnya warga Indonesia yang menyamar menggunakan kad pengenalan palsu beralamat di Sabah. Bagaimana pendatang asing boleh memiliki kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan memiliki senjata api ?

  • Apakah prosedur yang digunapakai oleh syarikat keselamatan berkenaan dalam pengambilan pekerja mereka ?
  • Apakah mereka tidak menyiasat latarbelakang pengawal terbabit ?
  • Bagaimanakah pengawal terbabit boleh mendapatkan lesen senjata api ?
  • Adakah pihak Polis tidak menyiasat latarbelakang pengawal berkenaan ?

Untuk makluman, hanya warganegara Malaysia dan rakyat Nepal yang mempunyai permit lengkap sahaja yang LAYAK bertugas sebagai pengawal keselamatan. Lain lain warganegara seperti Bangladesh, Indonesia dan Myanmar TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, pengawal keselamatan yang bertugas secara haram sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana dia bukan warganegara Malaysia atau Nepal. Dan pengawal ini boleh ditangkap pihak polis.

Aku sendiri pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Secara jujur, sememangnya pengambilan pengawal keselamatan tidak diberi perhatian sangat oleh pihak pengurusan. Ada pengawal keselamatan diambil bekerja atas rekemen rakan. Ada yang diambil kerana tiada orang lain yang mahu bekerja. Mereka tidak diperiksa latarbelakang. Hanya memberikan salinan IC dan juga akaun bank untuk pendaftaran pekerja dan urusan gaji.

Tentang lesen senjata, itu aku tak tahu sebab aku tidak ditugaskan dengan senjata. Tapi menurut rakan, ianya melibatkan pihak pengurusan dan pihak polis. Nama pengawal berkenaan diserahkan kepada pihak polis dan pihak polis yang sepatutnya bertanggungjawap menyiasat latarbelakang pengawal berkenaan. Jika pengawal terbabit disahkan bersih dari rekod jenayah, maka dia dihantar berkursus dan seterusnya layak mendapat lesen senjata api.

Dalam kes ini, aku rasa pihak pengurusan syarikat keselamatan dan juga pihak polis yang cuai. Mereka tidak menyiasat latarbelakang pengawal dan hanya meluluskan sahaja. Mungkin juga terdapat unsur unsur rasuah diantara syarikat dan pihak polis yang terlibat.

Untuk makluman, kes pemalsuan IC sememangnya sudah lama berlaku. Aku pernah dengar cerita orang Indon mendapat IC dengan bayaran ratusan ringgit sehingga ribuan ribuan. Sindiket ini sememangnya sudah lama wujud. Walaupun sindiket ini boleh membuat IC palsu tetapi mereka tidak mampu membuat cip pada IC berkenaan.

Tetapi malangnya pihak berkuasa tidak mengunakan cip itu sebaik mungkin. Mengikut pengalaman aku diwaktu pemeriksaan polis, mereka hanya melihat IC dan lesen memandu. Tetapi mereka tidak pernah memeriksa IC aku melalui cip. Setakat ini,hanya pihak bank yang menggunakan cip. Tetapi jika cip rosak, urusan tetap dibenarkan. Sepatutnya jika cip gagal dibaca, sebarang urusan tidak patut diteruskan sehinggalah pemilik IC itu menukar cip baru di JPN. Walaupun ianya agak menyusahkan tetapi prosedur ini dapat menjamin keselamatan. Itulah tujuan sebenar cip ini dicipta. Untuk pengesahan pemilik dan keselamatan.

Aku harap kes pembunuhan ini diselesaikan secepat mungkin. Perketatkan pintu keluar masuk negara termasuk lorong tikus. Jangan benarkan pendatang asing berbuat sesuka hati membunuh rakyat negara ini. Negara ini negara berdaulat. Bukannya seperti negara mereka yang tidak bertamadun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...