Tak terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat rakan rakan semua. Mesti banyak lembu yang dikorbankan di tempat korang semua kan. Surau kampung aku pun 7 ekor saja tahun ni.
Dah lama aku tak cerita pasal Elisya, baby girl aku tu kan. Ok semalam sempena hari raya korban, diapun macam saja je nak korbankan duit aku. Tak pasal pasal aku kena keluar duit tukar hos getah yang salur air pada enjin semalam.
Sebenarnya getah tu dah bocor petang isnin. Tapi sebab dah pukul 7 lebih, kedaipun banyak dah tutup. Akupun malas dah nak keluar cari bengkel. Jadi lepas sembahyang raya aku pergilah tukar semalam. Mulanya aku ingat air tu keluar ikut celah enjin ke apa. Tapi rupa rupanya tiub getah kat enjin yang bocor. Sebabnya tiub getah tu dah reput.
Yang reput tu satu je tapi alang alang dah nak tukar, aku tukar je lah semua. Lagipun yang lain tu pun dah lembik semacam. Nanti tak pasal pasal bocor juga. Tiub getah ni kecik je tapi upah tukar cecah RM25 ringgit. Harga tiub tu pulak ikut saiz dan tak mahal pun.
Jadi lepas ni rajin rajin ler periksa tiub getah kereta korang. Sebab benda ni mana boleh tahan lama. Dah ler enjin tu panas. Kembang kuncup kembang kuncup lambat laun mesti pecah juga tiub getah tu. Kalau dapat tukar jenis silikon tu lebih baik.
No comments:
Post a Comment