Followers

Thursday, October 03, 2013

TEKANAN INTERNET DAN PENUTUPAN AGENSI KERAJAAN


Pernah tak korang tengah sedap sedap update blog layan perasaan, tiba tiba internet buat perangai. Tak sempat nak save draf apa dah, semua jem jadinya. Aku adalah kena macam tu. banyak kali juga jadinya. Memang sakit hati gila bila kena macam tu.

Sudahlah internet tiba tiba disconnect. Nak sambung balik, lampu modem terkelip kelip macam cicak tertelan panadol. Sekejap connect, sekejap putus. Rasa nak hentak je modem tu.

Ok kita abaikan bab masalah internet. Semalam berlaku peristiwa yang mengegarkan Amerika. Tiba tiba sebilangan pekerja disana terpaksa bercuti tanpa gaji. Semuanya gara gara bajet kewangan yang dibentangkan tidak diluluskan. Sudahnya ada agensi Kerajaan yang terpaksa ditutup.

Sebahagian daripada agensi utama kerajaan Amerika Syarikat (AS) masih lumpuh buat hari kedua hari ini, ekoran perbalahan berhubung rang undang-undang penjagaan kesihatan Presiden, Barack Obama yang masih belum selesai.

Ketika AS berdepan kegagalan fungsi kerajaan pertama dalam tempoh 17 tahun, White House yang dipimpin Parti Demokrat, dan parti pembangkang, Parti Republikan masih gagal mencari penyelesaian untuk membolehkan bajet persekutuan khas diluluskan ekoran rang undang-undang penjagaan kesihatan berkenaan.

Obama menuduh parti konservatif itu yang mendominasi Dewan Perwakilan melancarkan 'perang ideologi' dengan menjadikan bajet khas itu sebagai tebusan untuk membatalkan rang undang-undang penjagaan kesihatan.

"Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Saya mahu semua rakyat AS faham kenapa ia berlaku.

"Mereka (Parti Republikan) menyebabkan kerajaan lumpuh hanya kerana mahu menafikan penjagaan kesihatan berpatutan kepada berjuta-juta rakyat AS,'' katanya di White House.

Speaker Dewan Perwakilan dari Parti Republikan, John Boehner berkata, Obama cuba melaksanakan polisi 'kemusnahan' kerana enggan berunding, ketika jalan penyelesaian segera kepada kebuntuan berkenaan semakin kabur.

"Parti Demokrat menutup pintu kepada usaha menyelesaikan masalah ini apabila enggan terlibat dalam rundingan dua pihak,'' katanya menerusi ruangan pendapat dalam akhbar USA Today.

Kebuntuan politik itu berterusan ketika Pemimpin Majoriti dari Parti Demokrat yang mendominasi Dewan Senat, Harry Reid menolak cadangan Dewan Perwakilan untuk melantik dua wakil rasmi bagi mencapai penyelesaian berhubung isu tersebut. - AFP

2 comments:

Anonymous said...

Yang aku baca, Republikan dan Demokrat berbeza dari segi minda perniagaan juga.

Republikan cara pentadbirannya agak business stail, sukakan sebuah kerajaan yang kecil tapi efisyen.

Demokrat caranya macam BN sikit, suka kerajaan besar dan menteri ramai, sampaikan kementerian wanita pun ada dua iaitu Kak Jat dan Rohani. perli sikit. hehehe

Alan said...

hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...