Followers

Saturday, August 10, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Perghh raya dah masuk hari ketiga tetapi aku baru nak ucapkan selamat hari raya. Gila punya pemalas aku sekarang. Tapi seyes mood blogging aku sekarang memang betul betul dah hilang. Hilang tanpa dapat dikesan.

Aku harap lepas raya ni, mood blogging aku dapat lah balik. Bukan pe, rindu nak membebel + mencarut kat blog ni. Selain malas, punca mengapa aku dah malas nak blogging sebab wujudnya facebook. Maklumlah nak update satu entry, kena ada mukadimah, ayat kias kias, ayat penyata dan ayat penutup. Kena ada gambar satu setepek barulah cantik entry tu.

Dengan facebook, aku cuma perlu luahkan terus perasaan aku kat status tuh. Tak payah pecah kepala nak buat karangan. Boleh membebel + mencarut terus tanpa perlu letak gambar, video dan ayat ayat bunga cinta macam dalam blog. Kiranya facebook ni punca ramai manusia menjadi pemalas macam aku hahaha.

Okey okey aku cubalah lepas ni aku nak jadi semula diri aku yang dulu. Akan cuba update blog ni setiap hari dengan cerita merapu, rencana mengarut ataupun luahan perasaan angan tak sudah. Walaupun hari ini dah hari raya ketiga, aku tetap nak ucapkan kat semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

4 comments:

Ann Ishak said...

selamat hari raya
maaf zahir batin

The Asrul IV said...

rajin rajin la menulis. jangan contohi aku nie. hehehe

Alan said...

Ann : selamat hari raya :)

Alan said...

asrul : ko tu rajin ler menulis.blog jangan asyik hilang je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...