Followers

Sunday, August 11, 2013

KEGANASAN BERLELUASA ANGKARA SIAPA ?


Sejak akhir akhir ini negara sering digemparkan dengan berita orang mati ditembak. Bukan ditembak kerana merompak sebaliknya kerana membalas dendam, masalah hutang dan sebagainya. Dan mangsa ditembak ditempat ditenpat tempat awam seperti persimpangan lampu isyarat, kedai makan malah dihadapan rumah sendiri.

Terbaru di Kelantan, bukan lagi kena tembak sebaliknya mati dibom terus :

TUMPAT 11 Ogos - Seorang lelaki terbunuh akibat letupan daripada satu bungkusan di dalam kereta Naza Citra di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini kira-kira pukul 10 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Di sempadan negara, anggota tentera kita ditembak oleh penyeludup Thailand semalam :

Seorang anggota tentera cedera parah terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh penyeludup ketika membuat rondaan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Mohd. Azamuddin Azizan, 26, cedera parah akibat terkena lima das tembakan di beberapa bahagian badan iaitu bahu, siku, paha dan belakang kedua-dua belah lututnya dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu.

Mangsa yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Askar Melayu Diraja Ke-2 berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketika menjalankan rondaan, Mohd. Azamuddin bersama seorang rakan setugas berhenti di satu lokasi di kawasan pagar sempadan untuk menjalankan pemeriksaan selepas ternampak cahaya lampu suluh dan cahaya motosikal di sebelah Thailand.

Beliau berkata, mangsa kemudian mendengar seperti ada orang berlari ke dalam hutan lalu menjalankan pemeriksaan.

"Selepas berpuas hati tiada lagi pergerakan, mangsa berpatah balik ke motosikalnya yang diletakkan di laluan keselamatan sebelum ditembak dari belakang

Tegasnya, polis memandang serius kejadian tersebut kerana sudah lama tidak berlaku kejadian tembakan yang dilepaskan ke arah pihak berkuasa di kawasan sempadan negara.

"Sebab itu saya datang ke sini untuk melihat lokasi kejadian dan berbincang mengenai langkah jangka pendek dalam memastikan perkara sama tidak berulang," katanya.

Semua kes keganasan senjata api ini bermula selepas Kerajaan bertindak bijak dengan menghapuskan ISA dan juga Ordinan Darurat. Kononnya Kerajaan mahu dilihat baik hati dan penyayang sebaliknya dengan penghapusan akta pencegahan ini, penjenayah tidak lagi takut kepada polis. Malah lebih 2000 penjenayah telah dibebaskan setelah akta Ordinan Darurat dihapuskan pada tahun 2011. Dan sekarang bukan hanya penjenayah Malaysia tak takut, malah orang Thailand pun boleh datang dan tembak orang Malaysia sesuka hati.

Aku harap akta pencegahan perlu diadakan semula. Biarlah orang politik tertentu mengatakan ianya zalim asalkan masyarakat dan negara selamat. Pada akulah, selain penjenayah, orang politik juga adalah merbahaya kepada masyarakat dan negara. Kerana merekalah, semua ini berlaku sekarang. Baik orang politik belah BN atau PR. Sama je perangai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...