Followers

Tuesday, August 13, 2013

LAGI KES TEMBAK BUKTI MALAYSIA TIDAK SELAMAT


DUNGUN - Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di sini awal hari ini.

Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, siasatan awal mendapati, terdapat dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa.

"Polis percaya jenayah itu melibatkan lebih daripada seorang suspek dan polis kini menjalankan gerakan memburu suspek bersama Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CCL 5445," katanya di sini hari ini.

Menurut Manoharan, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri lelaki itu.

Beliau menambah, pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan samun kerana Toyota Hilux dan beg duit milik lelaki itu dilapor hilang.

Bagaimanapun sejumlah wang ditemui di dalam poket baju mangsa dan polis percaya wang itu adalah sebahagian daripada hasil jualan restoran milik lelaki itu untuk dimasukkan ke dalam bank.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

KUANTAN - Seorang ibu tunggal cedera akibat ditembak seorang lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi tadi di Jalan Haji Ahmad di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff ketika dihubungi hari ini berkata, mangsa yang mempunyai empat anak itu ditembak ketika memandu di hadapan sebuah stesen minyak.

Menurut beliau, mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Alphard semasa kejadian bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan akibat serpihan cermin.

Tambah beliau, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kejadian dan mangsa kini dirawat sebuah hospital di sini. - KOSMO!

Kes tembak semakin ganas di Malaysia. Polis buat apa yek ? Jaga jalan sebab orang dah balik ke KL ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...