Followers

Monday, August 19, 2013

KANAK KANAK BUTA TERKNA LETUPAN MERCUN


Kegembiraan sebuah keluarga menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada anak mereka berusia lapan tahun buta mata kanannya akibat terkena letupan mercun ketupat, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Aleya Alysya Abd. Rahim bersama beberapa sepupunya sedang bermain bunga api serta mercun di hadapan pintu rumah bapa saudaranya di Taman Tasik Prima, Puchong di sini pada pukul 11.30 malam, iaitu selepas majlis tersebut selesai.

Bagaimanapun, lilin yang digunakan untuk memasang bunga api dan mercun itu tiba-tiba terjatuh setelah terkena sejumlah mercun yang diletakkan di atas lantai seterusnya mengakibatkan letupan kuat.

Letupan itu terkena muka kesemua mangsa namun kecederaan Aleya Alysya paling teruk apabila terkena mata kanan sehingga terpaksa dibedah.

Dua lagi sepupunya iaitu Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 7, turut cedera termasuk seorang daripada mereka juga terpaksa menjalani pembedahan di paha.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, setakat pukul 5 petang ini, belum ada laporan dibuat tetapi keluarga mangsa telah dikunjungi pihak polis untuk mendapatkan situasi sebenar kejadian.

"Berdasarkan keterangan bapa Nasha Nurkistina, anaknya itu bersama sepupu yang lain termasuk Aleya Alysya bermain mercun jenis ketupat di hadapan rumah dengan menggunakan lilin.

"Ketika sedang bermain, lilin itu terjatuh lalu terkena mercun yang diletakkan di lantai dan keadaan itu menyebabkan letupan kuat sehingga terkena tiga daripada mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aku nak cakap banyak karang, kesian pulak kat budak tu. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana lagi. Kecik kecik dah main mercun ketupat. Agak agak ler. Ini lah taraf orang melayu. Main mercun ketupat, mercun bola. Suka sangat dengan mercun bunyi kuat ni. Mercun sapa paling kuat, kononnya dia lah paling power. Noob gila orang melayu.

1 comment:

ساريده سنين said...

Assalamualaikum..
masih belum terlambat salam syawal utk alan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...