Followers

Tuesday, July 09, 2013

Amalan Puja Pantai

Gambar Hiasan

Suatu ketika dahulu, orang melayu yang tinggal dikawasan pantai akan melakukan satu penyemahan ataupun jamuan yang dipanggil puja pantai. Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan nelayan, mendapat hasil tangkapan yang banyak dan mengelakkan ganguan makhluk halus kepada nelayan. Untuk tujuan itu, hantu laut dipuja dan dipanggil. Ada juga upacara ini dpanggil sebagai upacara mandi safar.

Upacara diadakan beberapa hari. Pada hari terakhir, seekor kerbau balau akan dikorbankan. Daging kerbau berkenaan dibuat kenduri. Kepala, kaki dan organ dalaman kerbau akan dihanyutkan ke laut melalui sampan kecil yang dipanggil nadai.

Bomoh akan turun ke gigi air ketika senja. Beliau akan membaca jampi serapah dan mencampakkan beras kunyit dan bertih kedalam laut. Antara jampi yang digunakan oleh bomoh berkenaan :

Damenit nama bapakmu,
Nanemit nama ibumu,
Datuk Selepang Kaki namamu,
Raja di laut,
Yang duduk jaga tujuh muka kuala,
Panglima Hitam di laut,
Jamal di laut,
Jobin di laut,
Wang Pantalata,
Umpitan Jeramang,
Anas, Jamanas, Manas,
Anak jin Sabu Jinjan...

Adalah upacar ini, hantu ataupun jin laut dipanggil untuk diberikan semahan. Bomoh akan meminta hantu laut tidak mengganggu nelayan dan melindungi nelayan daripada kemalangan dilaut. Orang melayu dahulu kala percaya, sekiranya hantu laut diberi makan, mereka tidak akan mengganggu nelayan nelayan di laut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...