Followers

Sunday, June 23, 2013

Himpunan Gotong Royong


Pagi tadi berlangsung gotong royong membersihkan tanah perkuburan sempena nak menyambut Ramadhan dan juga Aidilfitri nanti. Tahun ni sambutan agak kurang. Mungkin kerana informasi tak disebarkan dengan meluas. Akupun dapat tahu pagi tadi.


Kat sini ramai sedara mara aku dikebumikan termasuk Allahyarham Ayahanda, Bonda dan juga seorang kakak aku. Selain itu jiran di depan rumahku juga disemadikan disini. Malah ramai jugalah sebenarnya. Biasalah tanah kubur. Sekali check in, memang tak akan check out lagi dah kan.


Gotong royong pagi tadi, rasa rasa ramai lagi penghuni kubur daripada yang hidup. Biasalah kerja kerja amal sukarela macam ni memang kurang sambutan. Cuba cakap bersih satu kubur dapat RM10.00 ringgit, sah penuh padat pulak kawasan kubur ni.


Aku sebenarnya tak faham dengan sistem penyeliaan kawasan kubur ni. Dahulu kata ada orang yang bersihkan. Tapi sekarang nampak terbiar pula. Ntah lah sistem pengurusan tak betul kot. Malas nak campur hal orang tua tua dan diluar kawasan kariah aku sebenarnya. Habis aktiviti gotong royong, tahlil diadakan untuk penghuni kawasan ini.




Kawasan kubur ni luas. Di sebelah atas, banyak kubur lama manakala orang baru suka ditempatkan dikawasan bawah. Mungkin sebab dekat dengan pintu pagar agaknya. Tadi tengah belek belek batu nesan, satu kubur kanak kanak tercatat tahun 1963. Dah lebih 40 tahun tapi tulisan di nisan masih terang.


Kebanyakkan kubur lama gunakan batu sungai. Banyak dah tertimbus dengan tanah. Ada yang hilang dicelah celah pokok besar. Bila direnungkan...Mungkinkah masih ada waris yang ingat kepada mereka lagi ?.Macam aku yang tak ada anak bini..Rasanya kubur aku juga akan dilupakan orang dan hilang suatu hari nanti...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...