Followers

Tuesday, March 05, 2013

Pengganas Sulu Masih Diburu


Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus berdiri teguh dan menyokong para pejuang negara dalam operasi bagi menamatkan pencerobohan pengganas di Sabah.

"Doakan kejayaan mereka yang berjuang di Lahad Datu dan Semporna," katanya di dalam laman Facebook beliau hari ini.

Najib juga bersyukur apabila dimaklumkan bahawa operasi tersebut berjalan seperti dirancang.

"Pagi tadi, saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak akan benarkan sesiapa sahaja menggugat kedaulatan negara," katanya.

Beliau berkata, operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ofensif ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 7 pagi ini. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Kita sapu bersih jangan beri peluang sama sekali....Darah mesti dibayar dengan darah. Pengkhianat negara juga mesti dihapus sehingga ke akar umbi demi agama, bangsa dan agama

Miss Volvo said...

semoga semua berakhir cepattt!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...