Followers

Wednesday, March 06, 2013

Najib - Tidak Biarkan Bumi Kita Digugat


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar bahawa beliau tidak sesekali akan membiarkan seinci pun bumi Malaysia digugat atau dinodai oleh sesiapa.

Perdana Menteri menegaskan, sebagai ketua kerajaan, beliau perlu memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terjamin dan atas faktor itu, satu operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan telah digerakkan bagi menumpaskan kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu, pagi ini.

Katanya, memang pada mulanya niat kerajaan ketika isu pencerobohan itu mula timbul tidak lain tidak bukan untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah sama ada di pihak Malaysia mahupun kumpulan penceroboh.

''Namun saya merasa amat dukacita bahawa niat yang baik dan murni ini telah dibalas dengan tindakan menembak dan membunuh dengan cara sangat kejam yang dilakukan terhadap pasukan polis kita.

''Oleh itu, sebagai ketua kerajaan saya mengambil keputusan bahawa masa untuk kita memberikan apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita perlu bertindak dengan segala kekuatan yang ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 16,000 hadirin ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...