Followers

Monday, February 18, 2013

Elak Matahari Untuk Masalah Kedutan


Setiap manusia pasti akan menjadi tua. Semakin tua seseorang, penghasilan kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurangan. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kehilangan elastisitinya. Pendedahan secara berterusan kepada matahari juga menyebabkan penghasilan kedutan.

Berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kulit terkena radiasi ultra ungu. Pancaran matahari secara berterusan akan memecahkan kolagen dalam kulit. Lehilangan kolagen akan menyebabkan kulit hilang anjal dan kedutan akan memenuhi bahagian-bahagian tertentu pada wajah.

Walaubagaimanapun ada cara cara tertentu untuk mengelakkan masalah ini semakin teruk. Walaupun hasilnya mungkin lambat tetapi jika rajin dan tekad untuk melakukannya, ianya akan membantu mengurangkan masalah kedutan pada wajah.

Pakai Krim Tabir Suria
 - Ia bukan perlu dipakai sewaktu anda di tepi pantai sahaja malah sepatutnya ianya dipakai setiap kali anda keluar pada waktu siang. Masakini sudah banyak produk pelembap dan krim muka yang mempunyai kandungan tabir suria. Pilihlah yang mana bersesuai dengan anda dan amalkan selalu.

Banyakkan Pengambilan Air Putih
 - Air masak jika diambil dengan kuantiti yang secukupnya, ianya boleh menambahkan kelembapan kulit. Selain air masak, buah buahan juga boleh membantu. Cuma elakkan minuman berkafien seperti teh dan kopi.

Tidur Yang Cukup
 - Tidur yang cukup boleh membantu mendapatkan kulit yang sihat. Cukupkan tidur selama 8 jam sehari. Ia boleh membuatkan kulit kelihatan segar pada keesokkan harinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...