Followers

Sunday, February 17, 2013

Andai Meteor Jatuh Di Malaysia

Baru  baru ini sebiji meteor telah jatuh di daerah Urals, Rusia. Walaupun ianya dikatakan bersaiz kecil tetapi impaknya boleh menghancurkan sebuah bandar. Dianggarkan lebih 900 orang tercedera. Bayangkan itu sebiji meteor kecil. Kalau besar sudah pasti bukan sahaja boleh memusnahkan bandar itu malah boleh memadamkan Rusia dan juga kemungkinan separuh daripada peta dunia.

Dan jika ianya jatuh di Malaysia ? Sudahlah negara Malaysia ni kecil je. Dengan kepadatan penduduk yang ada sekarang, senang senang je Malaysia boleh hilang daripada muka bumi. Kalau ianya jatuh di tengah semenanjung, Malaysia mungkin hanya tinggal pada Sabah dan Sarawak. Begitu hebatnya sebiji meteor berbanding bom nuklear buatan manusia.

Dikatakan juga kepupusan dinasaur juga disebabkan meteor. Dan kejatuhan meteor itu bukanlah kebetulan sebaliknya ianya adalah perancangan Allah untuk meletakkan kita, manusia ini diatas muka bumi. Bayangkan sekiranya dinasaur masih wujud, mana mungkin manusia dapat hidup sehingga sekarang kan.


1 comment:

Qiblatuna said...

hehehehe....saya ade jmpe sorg yg berilmu pengetahuan ttg meteor nie...kecederaan pd org di rusia tu bkn kerana terkena batu tersebut tetapi kerana terkena serpihan kaca akibat kelajuan batu tu nak mendarat dibumi..dlm Al-Quran (surah al-hadid kalo tak silap saya) pun ada mengatakan batu tersebut tidak membunuh manusia...please check kalo saya silap saya minta maaf.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...