Followers

Sunday, November 18, 2012

Akibat Bodoh Melantun


Akibat tidak puas hati kerana kenderaannya dihon, seorang penagih bertindak luar dugaan apabila mengajak seorang pegawai polis bergusti di depan sebuah kedai serbaneka dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, lagak samseng penagih berusia 30-an itu mengundang padah apabila ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Dalam kejadian jam 10 malam, pegawai polis berpangkat Cif Inspektor itu difahamkan memperlahankan kenderaan dipandunya kerana mahu mencari parkir di depan kedai serbaneka.

Pada masa sama, penagih terbabit yang berada dalam kenderaannya mengundur secara mengejut, mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu hampir berlanggar. Berikutan itu, pegawai terbabit membunyikan hon sebagai amaran berhati-hati, namun penagih itu tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan dan keluar dari kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman berkata, suspek yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol mengajak pegawai polis itu bergaduh.

Bagaimanapun, katanya, pegawai terbabit cuba mengawal situasi keadaan dan pada masa sama menghubungi Bilik Gerakan IPD untuk meminta bantuan.

“Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mengepung suspek sebelum berlaku pergelutan berikutan penagih itu bertindak agresif dalam cubaan melepaskan diri. Suspek berjaya ditahan beberapa minit kemudian dan hasil pemeriksaan, polis menemui serbuk mencurigakan dipercayai dadah milik suspek yang disahkan positif dadah sebelum dibawa ke Balai Polis Raub bersama dadah dan kenderaannya untuk membantu siasatan,” katanya.

Orang macam ni pun ada. Bodoh gila hahaha. Kalau kepala dah stim tu, duduk je lah diam diam. Ini ko merayau rayau. Lepas tu nak tunjuk kuat pulak. Memang ler ko kena.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...