Followers

Sunday, October 21, 2012

Menghitung Hari


Hari ini adalah 21 haribulan 10 tahun 2012. Dan aku masih ada baki 71 hari sebelum meninggalkan kerja yang aku buat sekarang ni. Apa yang jadi selepas 71 hari nanti, aku serahkan segalanya kepada Allah. Aku percaya rezeki itu tetap ada. Hanya bergantung kepada kita saja untuk mencarinya.

Dalam hidup ini, ada masanya aku terasa penat sangat. Penat menempuh kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai masalah dan cabaran. Penat menghadapi kerenah manusia yang pelbagai ragam. Kadang kadang aku tak faham, kenapa hidup aku amat berlainan dengan orang lain.

Ada orang yang hidupnya amat mudah. Tak perlu berusaha keras, mereka sudahpun mencapai segala galanya. Seolah olah segala peluang itu sudahpun ditakdirkan untuk mereka. Kerjaya, keluarga, segala galanya begitu mudah mereka dapat.

Tapi aku sedar aku tak boleh salahkan takdir. Kerana takdir itu adalah ketentuan tuhan. Dan ia juga bergantung diri sendiri. Hanya diri sendiri yang menentukan takdir, dengan tangannya sendiri..Cuma mungkin aku saja yang belum menemui jalan keluar dari semua kemelut ini...


Aku perlu kuatkan semangat..Walaupun sebenarnya dah beberapa kali semangat aku patah, termasuklah semangat untuk meneruskan hidup..Tapi aku tetap perlu bangkit semula..Lagipun akhirnya aku akan tetap hidup sendiri..Tanpa sesiapa menemani disisi...

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari

Padamkan saja kobar asmaramu
Jika putik itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri

Oh... Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diri ku kini sendiri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...