Followers

Thursday, October 18, 2012

Keberanian Dan Mimpi


Kata orang "tanpa keberanian, mimpi itu tidak akan bermakna". Maksudnya jika kita tidak berani melakukan sesuatu maka segala cita cita kita tidak akan tercapai.

Tetapi aku sedar aku bukanlah seorang yang berani. Untuk bermimpipun aku tidak berani. Kerana aku khuatir mimpi itu tidak akan menjadi kenyataan. Ataupun lebih buruk, ianya bertukar menjadi mimpi ngeri.

Hati aku tidak seteguh karang di lautan. Yang boleh menahan terjahan ombak bertahun tahun lamanya. Hati aku sebenarnya bagaikan bola kaca, yang boleh pecah dan musnah dengan mudah. Dari luaran, orang hanya nampak aku gembira seolah olah tiada masalah. Tetapi segala kepedihan dan kesedihan itu, aku pendamkan jauh didalam hati.

Semuanya sengaja aku pendamkan kerana aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku tidak mahu orang lain merasa terbeban dengan segala masalahku. Masalahku, biarlah aku sendiri menanggungnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...