Followers

Tuesday, October 23, 2012

Dunia Blog Semakin Suram


Sejak akhir akhir ni, aku sudah perasan yang dunia blogger sudah semakin suram. Aku juga kehilangan tiga orang rakan pengomen tegar iaitu saudara BR, Asfanizam dan juga Asrul Rae..Mereka bertiga dahulu sentiasa menceriakan dunia blog aku. Mereka jugalah yang memberikan aku semangat untuk menulis kerana aku tahu, boleh dikatakan setiap entry yang aku buat, pasti mereka datang memberikan komen.

Tetapi sekarang, sejak mereka menghilangkan diri, aku rasa blog ini semakin sepi. Apa gunanya lagi aku menulis apabila tiada rakan yang datang memberikan buah fikiran. Trend ini bukan sekadar terkena pada aku tetapi ia juga terkena kepada blogger yang boleh tahan top juga.

Aku tahu trend blog ini sampai masanya akan turun juga. Setelah begitu ramai yang menjadi blogger, akhirnya ianya menjadi sesuatu yang bosan. Terlalu ramai orang buat benda yang sama, akhirnya ianya akan hilang keistimewaan. Hilang daya tarikan.

Sekarang twitter sudahpun mengambil alih populariti blog selain facebook yang masih mendapat tempat pertama kerana setakat ini masih belum ada laman sosial yang boleh menandingi facebook. Akupun sudah mula menjinakkan diri dengan twitter walaupun sudah lama aku mempunyai akaun twitter. Boleh follow aku, taip je RazShark kat twitter.

Aku doakan tiga orang rakan aku itu sentiasa sihat dan dilindungi Allah s.w.t daripada segala bahaya. Jika masih mempunyai masa dan semangat, harap korang teruskan menulis. Semoga kita dapat bertemu semula didalam dunia blog ini suatu hari nanti.

4 comments:

Anonymous said...

Ni lah trend blogger datang dan pergi. Sekarang dah tak berapa aktif nak berblog dan bw, rasanya ramai juga camtu. Sayang blog bagus macam Afzainizam ngan BR dah slow, mungkin mereka ada hal masing-masing.

alan said...

dorang bukan dah slow tapi dah stop terus..tu ler yang buat aku rasa sedih..xde geng dah dalam blog..

Anonymous said...

Afzainizam blogging lagi, tapi dah ubah haluan dari blog enjin ke blog ugama. Link blog dia ada pada banner paling bawah page firestarting.

aku pun dah separa pencen dah ni dalam blogging.. hehe. mula fasa hidup baru. Rasa nak delete je blog tu tapi sayang gak sebab ade entri boleh buat rujukan.

alan said...

xyah ler delete..rileks ler..xkan masuk fasa hidup baru, xnak blogging dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...