Followers

Tuesday, September 04, 2012

Menjelang Usia 30


Pagi tadi saat menatap cermin, aku perasan timbul garis garis halus dibahagian dahi dan juga disekitar mata. Rambut aku juga sudah tidak seperti dahulu. Ianya semakin nipis terutama dibahagian tengah kepala. Aku sedar semua itu adalah tanda penuaan. Sehebat manapun aku, aku tetap tak akan dapat lari dari usia tua.

Pakailah susuk ataupun botox, semua itu tidak dapat mengelakkan manusia dari menjadi tua. Tetapi ada banyak faktor yang menyebabkan penuaan menjadi lebih cepat dari sepatutnya. Antara faktor utama seseorang cepat nampak tua adalah kerana tidak menjaga pemakanan.

Kebiasaan memakan makanan yang banyak lemak, minyak dan gula, akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada masalah obesiti, serta penyakit yang berkaitan dengan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Dengan itu juga, tentulah penuaan kulit dan tubuh akan berlaku dengan lebih pantas.

Garis halus pada mata selalunya disebabkan tidak cukup tidur. Aku akui aku memang selalu tidur lambat, sebab itulah muncul garis halus dan kesan hitam pada bawah kelopak mata.

Tidur yang cukup bukan sahaja berkait erat dengan kesihatan, tetapi juga amat penting untuk memelihara kecantikan kulit. Oleh itu, kita perlulah memastikan kita dapat tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

Selain itu, terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang bukan sahaja akan menggelapkan kulit, malah juga akan mengurangkan kelembapan kulit dan membawa kepada kekeringan hingga melahirkan kerutan atau garis-garis halus pada kulit. Jadi, ketika berada di luar rumah, kita mestilah melindungi kulit dengan alat-alat pelindung, seperti krim penyekat suria, topi, payung dan baju berlengan panjang.

Tekanan, atau yang lebih teruk daripada itu, yang disebut kemurungan, adalah penyebab utama kita boleh menjadi tua. Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, tubuh kita memerlukan banyak tenaga untuk menstabilkan emosi kita. Hal ini bukan sahaja menyebabkan sistem tubuh kita terganggu, malah akan memudaratkan kesihatan kulit kita.

Seperti yang aku katakan tadi, setiap manusia tetap tidak dapat lari dari menjadi tua. Hanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita hendak menghadapi hari hari mendatang. Sentiasalah melakukan kebaikan, usah berdendam dan terimalah semua ini dengan hati yang terbuka, insyaallah kita dapat mengelakkan proses penuaan daripada berlaku dengan cepat.

3 comments:

Anonymous said...

sekarang usia berapa da? Aku ingat ko 26.. :-)

alan said...

aku baru 18 hahahaha

Anonymous said...

A major plus point of the Max Trim product is the fact that it also functions as an antioxidant as well as a multivitamin generic lumigan However, it is was the improvement in sexual performance that is most astounding
Most virgins do not know how to control their ejaculation thus coming in the first few minutes of the intercourse cymbalta Sound sleep and perfect performance – it’s possible with innovative antidepressants!
But you can lose weight without going completely nuts and buying everything that promises to help you lose weight overnight (fiddle dee dee!) The real secret to losing weight is to have the following firmly in place:* Determination to reach your goal female pink Viagra You probably have many questions about your disease or condition
Research has described three situations of premature ejaculation buy generic iressa " They fill their lives with a continuous whirlwind of activity, running here, running there, trying to prove they can do it all and make it look effortless
What does that mean for you? You could be paying thousands of dollars to find out that the procedure failed Luvox effects Botox has a property to tighten the skin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...