Followers

Tuesday, September 11, 2012

Mencari Damai Dihati


Sejak kebelakangan ni, aku sering sakit kepala. Selalu tidur lewat itu mungkin penyebab. Tapi aku lebih bimbangkan jika ianya petanda penyakit lain seperti darah tinggi. Dengan usia hampir menjangkau tiga puluh tahun, pelbagai penyakit boleh datang dengan senang.

Salah seorang BFF aku dah dapat satu harta pusaka iaitu darah tinggi. Macam tak percaya je dia dah dapat awal harta tu. Cuma tunggu dua je lagi nak genapkan harta kekayaan iaitu kencing manis dan sakit jantung hehehehe. Kenalan lain pun ada yang dah sah mendapat diabetis dan darah tinggi. Beginilah hidup manusia akhir zaman. Menjelang usia 30 tahun keatas, pelbagai penyakit mula hinggap.

Ok kita lupakan sejenak bab penyakit. Aku sebenarnya tengah menghitung hari. Dalam tiga bulan setengah, aku mungkin akan hilang kerja. Sebabnya kontrak tamat. Kalau disambung alhamdullilah. Tapi kalau tak disambung, ianya agak membimbangkan aku.

Dikala usia meningkat naik, peluang mendapat kerja menjadi semakin sukar. Dan inilah yang aku fikirkan sekarang. Ianya boleh menjadi mimpi buruk yang akan menghantuiku sepanjang hayat. Walaupun aku sudah bersedia untuk hidup merempat, tetapi aku tak pasti berapa lama aku dapat bertahan. Menyelongkar tong sampah mencari rezeki, mengutip tin dan besi buruk, tidur gelandangan dibawah jambatan, semua itu aku sudah fikirkan.

Jika aku habiskan sisa hidup di mana mana rumah kebajikan tak mengapa. Sekurang kurang masih terjaga makan minum. Tetapi kalau hidup melarat dijalanan, mungkin aku mati nantipun tak berkubur. Humm takpelah kalau dah itu pengakhiran buat aku. Aku tetap redha kerana Allah Maha Mengetahui.

Buat rakan rakan yang dah kahwin, aku tumpang gembira sebab korang dah jumpa haluan hidup. Sekurang kurang matlamat hidup tu dah tercapai. Bila aku pula nak kahwin, itu semua hanya Allah yang tahu. Sebabnya semua itu rahsia Allah. Jika ditakdirkan aku hidup keseorangan ke akhir hayat, aku tetap redha dengan ketentuanNya.

* Dah lama tak menulis, susun ayat dah berterabur. Ditambah dengan perasaan yang bercampur baur. Akhirnya inilah jadinya. Kalau ada yang tak faham, itu tak mengapa. Cukuplah aku seorang sahaja yang faham. Lagipun ini hanya luahan isi hatiku sendiri. Tak bermaksud nak tujukan kepada sesiapa...

3 comments:

Anonymous said...

Jadi penulis lah. Ko pandai menulis.

alan said...

Banyaklah penulis.ayat berterabur macam mana nak jadi penulis

Miss Volvo said...

hmm bila pulak aku nak kawin eh hmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...