Followers

Thursday, July 12, 2012

Lelaki Bajet Hot

Akhir zaman ni, ramai dah lelaki yang sedar dan mula menjaga ketrampilan diri. Untuk langkah pertama, korang tak payah beli baju mahal mahal untuk kelihatan hebat. Cukup dengan penjagaan wajah dan kekemasan diri, itu sudah cukup.

Penjagaan Wajah
Pertama, jangan guna sabun mandi untuk mencuci muka. Sabun mandi tu untuk mandi. Jadi gunakanlah pembersih wajah yang banyak dijual dipasaran untuk membersihkan muka. Pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit seperti untuk kulit berminyak, kering ataupun normal.


Bercukur
Kedua, kemaskan janggut, misai ataupun jambang yang ada. Jangan biarkan ianya berserabut macam orang sesat dalam hutan. Pastikan juga bulu hidung tidak terjulur keluar. Nanti orang ingatkan bulu hidung tu misai pula eeeeeeuuwww.

Dan untuk mencukur, gunakan buih pencukur khas. Jangan guna sabun mandi. Korang dah elok cuci muka dengan perbersih wajah, last korang letak juga sabun mandi kat muka untuk bercukur. Jadi baik tak payah guna pembersih wajah tu kan. Pastikan mata pisau cukur adalah tajam untuk mendapatkan kesan cukuran kemas dan licin. Dan bagi yang mempunyai kulit sensitif, korang digalakkan memakai krim atau balm after shave. Ianya bertujuan mengelakkan kulit menjadi kering dan menimbulkan kerengsaan.

Potong Kuku
Ketiga, pastikan semua kuku korang tu pendek. Kalau menyimpan kuku panjang, janganlah simpan terlalu panjang. Sebabnya ianya membuatkan korang kelihatan macam mayat tak reput je. Huduh dan bodoh. Lebih baik kuku tu kasi pendek je. Lagipun Rasullulah s.a.w pun tak ajar korang simpan kuku panjangkan.

Bersihkan kuku dari segala kekotoran yang melekat. Jangan ada kesan daki tersimpan dibawah kuku. Sebab itulah digalakkan kuku dipotong pendek. Supaya tak nampak pengotor.

Pakaian
Pakailah pakaian yang kemas dan bersih.Tak perlu pakaian mahal untuk nampak hebat jika sendiri pemalas nak basuh baju.  Ironlah baju tu supaya tak nampak kedut seribu. Orang akan chop korang pemalas kalau pakai baju berkedut kedut.

Pakailah pakaian mengikut kesesuaian bentuk tubuh dan juga majlis yang dihadiri, Jangan memakai pakaian terlalu besar kerana ianya membuatkan korang nampak seperti badut ataupun terlalu ketat seperti sarung nangka. Pilihlah pakaian yang selesa dipakai.

Kalau korang amalkan tips ni, korang akan tetap nampak hebat dan hot dimata awek dan mak awek walaupun rupa korang macam Fred Flinstone.

1 comment:

shaFazie said...

betol..betol...penampilan kene jaga kata lain kemasan diri :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...