Followers

Wednesday, July 11, 2012

New Baby Boy

Dah lama tak update blogkan. Sejak peristiwa lepas, hati dah rasa malas nak update pape. Ingatkan nak biaukan terus je blog ni terbiar tapi rasa macam tak betul lak kalau buat camtu. So akhirnya aku update gak blog ni.

Dan macam biasalah memang tak ada ceritapun nak dikongsikan. Aku bukan macam Fatin Liyana atau Hanis Zalikha yang genius berblog. Yang boleh dikatakan ada saja benda yang happening dorang buat yang boleh di share dalam blog. Dan setiap kali dorang update, dorang boleh mendapat hits berjuta juta lemon. Aku nak dapat hits camtu? Kirim salam je lah.

Aku kerja hari hari, takkan aku nak cakap aku buat kerja yang sama setiap kali update blog. Ok tadi aku fotostat 900 lebih flyer. Haa itulah kerja aku. Fotostat fotostat fotostat. Aku dah macam menteri jaga portfolio Fotostat.

Ok abaikan bab fotostat. Tajuk baby boy dalam entry ni bukan bermakna aku dapat anak lelaki ataupun aku baru beranak. Cuma aku baru dapat satu kenderaan baru ler. Kiranya adik pada Elisya. Nama dia Sky. Dah macam bunyi gengster Young And Dangerous pulak.


Oklah motor secondhand. Orang lain pakai Ducati, Honda CBR, aku baru pakai motor lama. Sky nampak layu semacam je kan. Takpe pelan pelan kayuh. Slow slow aku upgrade ler dia nanti. Mula mula memang nampak biasa je. Nanti cukup duit semua baru upgrade.

3 comments:

asrul rae said...

ahaha.. nape plate pahng x plate sabah.

aku suka plate alesa

Afzainizam said...

No plate Nogori tu..... kalau ikut nombor 8+2+9+6 = 25, 2+5 = 7 kalau ikut perhitungan feng shui Angka 7 bererti : Tepat,Pasti & Hoki (their luck)... jangan caya lahh yerrr...

eeehhh aku perasan ko punya kete warna merah motor ko pun merahhh... lepas ni pelan-pelan modifide...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair bumper kemek kedalam

shaFazie said...

wahh adek elisya meyahh...tk sbr nk tgk ko upgred sky nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...