Followers

Tuesday, May 15, 2012

Saka Jin vs Saka Moden


Boleh dikatakan hampir semua orang melayu tak kiralah daripada ahli politik kaki kencing rakyat sampailah budak budak lepak Pavilion, semuanya tahu apa itu saka. Saka berasal dari maksud "pusaka" iaitu sesuatu yang diturunkan turun temurun didalam keluarga.

Didalam hal hal mistik, saka ini terdiri daripada kaum jin dan juga syaitan. Ianya bermula daripada nenek moyang seseorang yang membuat perjanjian dengan makhluk halus ini. Perjanjian ini selalunya dibuat bertujuan melindungi diri, keluarga ataupun menjaga kebun dan sebagainya. Tak kurang juga bertujuan mendapatkan ilmu kebatinan atau kekayaan.

Tidak seperti perjanjian PTPTN, kebiasaannya perjanjian ini dibuat tanpa diberitahu kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kata lain perjanjian ini tidak melibatkan pihak ketiga seperti saksi, tidak memerlukan tandatangan penghulu atau perlu matikan setem. Dan inilah yang menjadi masalah kepada anak cucu kerana mereka tidak mengetahui yang mereka perlu menanggung / menjaga saka terbabit. Dalam kebanyakkan kes, anak cucu yang menanggung saka ini akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran seperti sakit secara misteri.

Didalam zaman Ipad, Galaxy Tab ataupun smartfon ini, saka masih lagi wujud. Malah semakin hebat apabila wujudnya saka moden. Apa itu saka moden?


Saka moden ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kencing manis, sakit jantung, darah tinggi. Sepertimana saka lama, seseorang itu amat berpontensi mewarisi saka moden ini sekiranya ibu bapa mereka menghidap penyakit terbabit. Namun tidak seperti saka lama, anak cucu boleh mengelak daripada menerima saka terbabit dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat.

Untuk keterangan lanjut mengenai saka moden, bolehlah bertanya dengan dokter dimana mana hospital ataupun klinik berhampiran. Selain itu juga boleh layari website GayaHidupSihat untuk memahami bagaimana cara untuk mengelak saka moden ini.

1 comment:

Afzainizam said...

tapi semua tu kalau kita berubat cepat dan ambil langkah-langkah benteng diri Insya Allah jauh dari segala saka ni

lahhhh betul lah tu kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semua nyer jenis saka moden...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...