Followers

Tuesday, April 10, 2012

Kemana Hala Tuju Blog Ini ?


Sejak kebelakangan ini aku selalu semak balik blog ini. Seperti yang selalu aku cakapkan, blog ini semakin terbiar. Aku sebenarnya sibuk dengan kerja, projek blog lain dan juga ketiadaan idea membuatkan aku seolah olah melupakan blog ini. Bila dekat PRU ini nanti makin bertambah sibuklah aku nanti. Sebab apa sibuk? Adalah sebabnya hehehehe.

Blog ini sebenarnya akan berusia 9 tahun dibulan october nanti. Kalaulah blog ini seorang budak, sudah tentu dia masuk darjah tiga sekarang. Banyak pengalaman suka duka yang aku kongsikan didalam blog ini. Aku juga pernah memikirkan pelbagai idea untuk menjadikan blog ini sebagai blog yang popular dan berdaya saing. Bukan sekadar tempat meluahkan perasaan semata mata.

Tapi semuanya hanya tinggal perancangan. Aku tetap rasa tak boleh nak melaksanakan perubahan tersebut. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab niat asalnya blog ini adalah blog peribadi ataupun tempat meluahkan perasaan. Dan sekarang walaupun ianya menjadi tempat meluahkan perasaan tetapi sebenarnya tidaklah 100% aku meluahkan apa yang aku rasa kat sini. Ada yang terlalu peribadi untuk dikongsi, ada yang terlalu sensitif untuk tatapan masyarakat dan juga ada yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan diri dan negara.

Walaupun banyak halangan dan kekangan masa, aku akan tetap cuba mengupdate blog ini sekerap mungkin. Sayanglah kalau sebuah blog yang sudah berada di alam maya selama 9 tahun ini akhirnya hanya menjadi sebuah blog terbiar sahaja.

5 comments:

shaFazie said...

fuyooo 9thun dah..:D

alan said...

kak jijah: tau xpe

asrul rae said...

patut domain blog ko pendek je. SUKNS.

zaman ni confirm semua domain blog dah diambik orang..

alan said...

asrul: sebab apa domain aku sukns, aku dah ceritakan dulu..sila semak semula entry yang dah lepas ye.

Afzainizam said...

oohhh 9 taun tu ni otai lahhh kiranya ni..

tak kisah apa jua terjadi blog tempat kita berkongsi segalanya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
nissan ad resort y10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...