Buat peminat yang bernama Asrul, aku mohon maaf banyak banyak dari hujung rambut Panda sampai ke hujung bumper kereta Afzainizam. Bukan aku tak nak mengarang hikayat seperti dahulu. Tetapi nafsu mengarang hikayat sudah hilang seperti lagu "Separuh Jiwaku Pergi".
Dan aku juga sudah kegersangan idea dan buah fikiran. Aku pandang skrin monitor, skrin tu pandang aku semula laksana Fasha Sandha memberikan jelingan manja dikala saat pertama bertemu. Bila jadi macam tu, macam mana aku nak mengarang. Sebak didada semasa Lisa Surihani berkahwin hari tupun belum hilang, ini aku dengar cerita Ella pulak nak kawin. Aduh aku sekarang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Beginilah Asrul, insyaallah ada waktu terluang nanti, aku akan cuba mengarang semula. Aku akan mencari semula idea yang telah hilang dari genggaman.Cuma bila waktunya itu, aku tidak dapat berjanji. Tetapi apa yang pasti, bak kata Terminator:
"I'll Be Back"
1 comment:
abg razak..hahaha chaiyokkkkkkkk..:D
Post a Comment