Followers

Sunday, January 01, 2012

Pulau Ketam Bakal Menjadi Pusat Seks Negara Menjelang 2020


Jaraknya tidak sampai 500 meter dari balai Islam dan balai polis, namun sebuah rumah pelacuran dikesan beroperasi secara bebas dan menjadi ‘port’ rahsia untuk lelaki hidung belang dari tanah besar memuaskan nafsu bersama ‘adik’ daripada pelbagai negara.

Golongan itu biasanya memberikan pelbagai alasan kepada keluarga, terutama isteri, seperti kononnya untuk memancing ke pulau berkenaan bagi mengaburi aktiviti gelap mereka. Difahamkan, rumah pelacuran itu mengenakan caj antara RM100 hingga RM180 bergantung kepada rupa paras dan fizikal gadis berkenaan.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bukan saja membabitkan eksekutif muda, malah warga emas dan pesara yang masih tidak insaf serta gemar mencari keseronokan dunia dengan dibelai gadis muda, terutama dari Thailand, China dan Indonesia.

Selain itu, ada lelaki membawa kekasih gelap ke pulau berkenaan untuk memadu kasih kerana percaya lokasi itu selamat berikutan didiami sebahagian besar penduduk bukan Islam.

Bagi lelaki gatal yang mahukan khidmat urut batin atau lebih dikenali sebagai ‘ping-pong’, tiga pusat urut dikesan kira-kira dua kilometer dari pusat pelacuran yang beroperasi di kawasan rumah kedai.

Sebagai pelengkap pakej pulau maksiat, sekurang-kurangnya dua pusat perjudiannya menggunakan mesin slot, manakala kedai menjual nombor ekor haram serta judi mahjong yang dimain secara terbuka turut beroperasi di situ.

Pelanggan didapati masuk menerusi pintu depan premis itu yang ditutup separuh bagi mengaburi pihak berkuasa, terutama polis dan imigresen, sebelum memadu kasih kira-kira sejam.

Tinjauan turut mendapati sekurang-kurangnya tiga pusat urut menggunakan pekerja dari China dan Thailand, namun pekerja yang menawarkan perkhidmatan mengurut pada harga antara RM40 hingga RM50 itu tidak menawarkan perkhidmatan seks kecuali khidmat ‘ping-pong’ atau urut batin.

Bagaimanapun, jika ada individu berminat, mereka boleh menawarkan khidmat itu dengan bayaran antara RM100 hingga RM150.

Perghhh mahalnya 1 shoot sampai RM150. Pulau Ketam ni kalau nak maju, dia kena dimajukan seperti Pulau Phuket. Barulah best. Pondan dengan pelacur bersepah. Muzik disko berdentum barulah syok. 

2 comments:

Pha Is said...

pergh... dunia2... kena tsunami baru tau.. hehehe

Afzainizam said...

woooooo mau terbalik pulau ketam ni....

isssshhhhh maksiat dah berleluasa sekarang


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
goodbye 2011 and welcome 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...