Followers

Friday, November 25, 2011

Yuna Malu Besar - Lagunya Kategori Syok Sendiri


Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18), Rosmin Hashim memohon maaf kepada Yuna, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain kerana tersalah mengira undi sehingga lagu Penakut nyanyian Yuna diangkat sebagai pemenang anugerah Lagu Terbaik pada 12 November lalu.

Menurut Rosmin, pembetulan perlu dilakukan untuk memastikan keputusan para pemenang anugerah ini dapat dilakukan dengan tepat.

“Terdapat kesilapan pengiraan undi oleh juruaudit, Ernst & Young sehingga berlaku kesilapan bagi kategori itu yang sepatutnya dimenangi oleh lagu ciptaan Edry Abdul Halim, Sedetik Lebih yang dinyanyikan oleh Anuar Zain.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan kriteria penganjur iaitu RIM (Persatuan Industri Rakaman Malaysia), pemenang Lagu Terbaik mestilah salah satu pemenang bagi empat anugerah dalam AIM18 iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

Penakut tidak tersenarai di dalam semua kategori itu dan pemilihannya melanggar kriteria tersebut.

Macam macam hal. Tapi memang patutpun dia tak menang. Pelik aku lagu Yuna ni tak masuk dalam mana mana kategori. Ataupun lagu dia ni masuk dalam kategori syok sendiri. Tahun depan mungkin AIM boleh mewujudkan lagu kategori syok sendiri. Mesti banyak lagu yang layak masuk kategori ni hahahaha.

Tahniah untuk Anuar Zain. Anuar memang terbaikkk. Yuna mana layak nak lawan Anuar Zain. Yuna ni peminat dia cuma budak muda je. Anuar Zain peminat dia dari orang muda sampai golongan veteran. Kalau Yuna nak lawan Anuar Zain, kena tunggu 10 tahun lagilah wakakakaka.

6 comments:

Mermaid Ungu said...

yer...ker...

alan said...

ayunda panda: kenapa?

Anisa Hang Tuah said...

heh.nasib tak amik port pon.lantak lah sape kalah menang

alan said...

nisa: samalah..tapi x suka yuna hehehe

Afzainizam said...

rasanya yuna ni mmg tak setanding pun...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
doa akhir tahun dan awal tahun

Anonymous said...

Best juga lagu dia.. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...