Followers

Thursday, November 24, 2011

Bulu Sana Bulu Sini


Sejak kebelakangan ni, aku perasan yang misai dan janggut aku tumbuh begitu mendadak. Mesti nak cukur dua atau tiga hari sekali. Kalau tak, dah macam orang gasar rupa aku. Nasib je badan tak tough. Kalau tak aku dah boleh jadi Conan The Babarian.

Kalau 5-10 tahun dahulu, misai dengan janggut ni nak tumbuh bukan main payah. Tapi sekarang pantang lepa*, mulalah dia tumbuh macam lalang liar. Kadang kadang aku malas nak cukur. Saja nak tengok panjang sampai mana. Tapi dia akan stop bila dah sampai tahap tertentu. Maknanya dia takdelah jadi panjang. Cuma mula mula tu je dia tumbuh tak ingat. Lepas seminggu lebih, tumbesaran dia akan slow balik.

Itu masalah misai / janggut. Sekarang yang terbalik pulak masalah rambut. Kalau janggut, misai tumbuh cepat tapi rambut aku sekarang dah slow sangat tumbuh. Ada sesetengah kawasan dah mula jarang. Adoii runsing gila aku kalau kena kes rambut. Tak boleh buat rambut ala emo ler kalau kepala dah botak!

Mungkin inilah kesan apabila umur dah nak mencecah angka 30. Garis halus kat dahi dengan bawah matapun dah banyak sekarang. Seyes aku tak kisah umur aku meningkat tapi aku AMAT KISAH kalau wajah aku dah mula ada kesan khas dan rambut dah nipis. Tak kawaii ler camni woooo.

Aku nak sentiasa muda remaja ler. Macam umur aku 15-18 tahun dulu. Kalau pakai susuk agak agak boleh tak hehehehe.


Aku nak sentiasa muda macam Anuar Zain hehehehe

* Lepa = Leka (loghat Pahang)

5 comments:

ayunda maajis said...

Orang tua...hehehehe...

Afzainizam said...

biasa lahhh bro rambut makin jarang baru lahhh macho.... kalau botak pon ok beb sekarang dah jadi trend pun...

yuppp mmg pantang lepa cepat ajerrr panjang. cepat ajerr potong balik .. kena bubuh racun baru lambaT tumbuh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
air balang kenduri kahwin

Alan said...

ayunda: woiii sensitif ler

Alan said...

afzainizam: takkan letak racun rumpai kat muka adusss

asrul rae said...

Tengok cara ko cukur la. Lain kali ko pakai krim tu dengan pisau gillete.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...