Followers

Friday, November 18, 2011

Pengantin Gila Hantaran


DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.

Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.

"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.

Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.

"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.

Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.

"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.

"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya. Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.

Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu. Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.

Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Kalau dah keturunan keling, memang kelinglah juga. Ada ke minta hantaran kat pompuan. Aku tak paham perangai bangla ni. Nama je islam tapi ikut cara hindu. Minta hantaran kat pompuan tu budaya hindu. Lagi satu kerja orang pemalas.

Tapi terbalik pula kat Malaysia. Kat Malaysia si keluarga pompuan pulak yang gila minta hantaran. Ko nak jual anak ke hapa. Nak kaya lekas baik ko jual je anak ko tu kat bapak ayam. Memang sah kaya. Harap kat Malaysia ni adalah orang lelaki yang sanggup batalkan nikah sebab keluarga pompuan gila hantaran. Biau keluarga pompuan sedau sikit jangan terlalu gila dengan hantaran.

4 comments:

Mermaid Ungu said...

Ewah2.time becinta..mintak ikan.mintak bear.mintak arnab sumer ko bg je..bl mintk hantran trus nk cerai...amboi

alan said...

ayunda: benda tu murah je..ko nak hantaran 10k..baik aku beli keta je hahahaha

Afzainizam said...

Hantaran tu ikut adat ajerrr.... tapi usahlah membebankan pihak yang lain pula.... tak buat tak jadi salahnya... yang penting Mas kahwin tuuu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
honda civik 1.6 vs mitsubishi evo 6

Asrul said...

Memang la kena minta kat prempuan. Tu la namanya Dowry.

Kiranya bapa pengantin pindahkan tugas sara anak dari dia kepada menantu. Sebab tu kena minta.

OK juga kalu wat gitu kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...