Followers

Wednesday, November 30, 2011

Jalan raya Malaysia Buruk Gila


Bosan, sakit hati dan kecewa antara perasaan yang bersarang dalam hati pengguna jalan raya di ibu negara apabila memikirkan masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Utusan Malaysia mengenai isu itu, namun ia bagaikan menyiram air ke daun keladi kerana tiada peningkatan ketara terhadap kualiti jalan raya seperti yang diharapkan pengguna.

Laporan Khas Utusan Malaysia bertajuk ‘MRR2 Zon Perang?’ pada Mac 2010, ‘Kualiti Jalan di KL Kelas 3’ (Ogos 2010), ‘Sampai bila jalan berlubang?’ (Ogos 2010) dan ‘Teknologi jalan zaman British’ (Oktober 2011) semuanya mempersoalkan keadaan jalan raya di ibu kota.

Pelbagai usaha dibuat pihak berkuasa untuk memperbaiki keadaan jalan raya selepas laporan mengenainya disiarkan, namun entah di mana silapnya masalah itu kembali berlaku bagai tiada penghujung.

Jalan berlubang, retak, mendap, beralun, tampalan tidak sempurna dan berpasir merupakan situasi yang terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik kenderaan pening kepada memikirkan kos tambahan untuk penyelenggaraan kenderaan.

Kerap kali jalan raya yang baru diturap, dikorek semula untuk dipasang kabel atau saluran air dan selepas itu tidak ditampal dengan sempurna menyebabkan keadaan jalan kembali rosak dan tidak rata.


Di Jalan Raja Chulan berhampiran pusat beli-belah Pavilion, keadaan jalannya tidak mencerminkan prestij kawasan itu yang menjadi tumpuan perniagaan dan pelancong.

Jalannya berlubang, berpasir serta tidak rata akibat turapan yang tidak berkualiti.

Keadaan di Jalan Ampang pula lebih teruk apabila sepanjang laluan itu ada sahaja lubang serta tampalan yang tidak rata dengan ada yang berlubang kembali.

Keadaan jalan yang berpasir tidak menghairankan dengan kehadiran lori mengangkut bahan itu yang keluar masuk ke kawasan pembinaan di kawasan tersebut.

Seharusnya jalan-jalan utama di pusat bandar raya ini perlu berkeadaan baik kerana ia mencerminkan imej negara.

Jalan di kawasan-kawasan perumahan juga turut tidak terlepas daripada mengalami keadaan sama termasuk kawasan yang dianggap elit seperti Taman Tun Dr. Ismail dan persimpangan Mont Kiara ke Sri Hartamas.

Jalan berlubang dan tidak dibaik pulih sejak sekian lama menyebabkan kualiti hidup penghuni terjejas.

Jika jalan raya rosak berlaku di kawasan seperti itu, mungkin keadaan jalan di kawasan perumahan lain di pinggir kota lebih teruk lagi. Di Taman Cheras Perdana, lubang sedalam satu meter hanya ditutupi dengan kepingan besi seakan mengundang padah kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.


Biarpun ia telah ditanda dengan tali keselamatan, namun masih lagi berbahaya kepada pemandu serta penunggang motosikal terutama pada waktu malam dengan jarak penglihatan yang terhad.

Di sepanjang Jalan Kepong dan Jalan Kuchai Lama pula, senario jalan berlubang, retak dan tidak rata sudah menjadi pemandangan biasa. Ia turut sama berlaku di susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke Jalan Genting Klang dan juga di Jalan Loke Yew.

Persoalannya, bilakah semua ini akan berakhir? Pihak berkuasa tempatan dan kementerian yang bertanggungjawab perlu mempunyai pelan dan cara khusus memantau serta menangani masalah jalan rosak agar ia tidak berulang.

Tidak sampai 10 tahun lagi Malaysia akan menjadi negara maju, namun di mana manisnya status itu apabila kualiti jalan raya masih lagi di tahap negara dunia ketiga.

7 comments:

Anisa Hang Tuah said...

lah..ini ke gaya jalan kat mesia?
ke mana plan kerajaan yg kononnya nak perbetulkan infrastruktur ?

propa

shaFazie said...

tertba taman perumahan ceq ade lorhhh heheehe...

alan said...

nisa: mana de janji..tipu semua tu heheee

alan said...

kak jijah: bila lak kak jijah duk kl hehehe

shaFazie said...

lorhh ang baru tahu kah..haha..pic tu pon mcm pnh nmpak tapi dimana ehh haha

Alan said...

kak jijah: ntah x tau hehehe

Afzainizam said...

eemmmm jalan raya kat Malaysia nu kalau nak ngundi nanti baru diorang tar cantik-cantik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...