Followers

Sunday, October 02, 2011

Patriotik - Pemikiran Orang Filem Malaysia


Secara umumnya rakyat Malaysia boleh dikatakan kurang memiliki sifat patriotik. Iini boleh dilihat semasa menyambut hari kemerdekaan negara. Sampaikan ada seorang keling biadap nak tukar bendera Malaysia dengan bendera lain kalau parti dia menang pilihanraya. Celaka itu keling Manoharan.

Oklah back to basic. Semua orang tahu yang Malaysia amat amat kekurangan filem filem patriotik. Alasan yang diberikan oleh penerbit filem kat negara ni adalah mereka takut rugi. Oklah rugi sebab rakyat Malaysia memang tak patriotik. Tu semua orang tahu.

Tapi tahukah korang bahawa untuk memasukkan unsur patriotik, kita tak perlu buat filem perang atau sejarah. Cara paling mudah dan murah adalah dengan memasukkan scene Jalur Gemilang. Cuba korang tengok filem Hollywood. Kadang kadang ada scene tertentu dia ada menunjukkan bendera Amerika didalam sesuatu cerita.

Misalnya cerita Vanishing On 7th Street  yang aku tengok dulu. Saat Hayden Christensen masuk kedalam sebuah Bar, camera ada fokuskan pada sekeping bendera Amerika yang dilekatkan pada dinding Bar. Nampak, tak perlu buat filem perang berbudget tinggi.

Kita boleh menunjukkan unsur patriotik dengan hanya meletakkan bendera Malaysia pada scene tertentu. Bendera Malaysia boleh dijadikan sebagai props. Kalau filem Spiderman, ada scene Spiderman memanjat tiang bendera dan bendera Amerika berkibar dibelakangnya. Itu cara pihak Hollywood memasukkan unsur patriotik didalam filem mereka.

Filem Tranformers 3 lagilah banyak bendera Amerika diletakkan dipenghujung cerita walaupun kita tahu yang filem itu bukanlah berkaitan perang Amerika sebaliknya perang antara Autobot dan Decepticon. Tapi sebab nak tonjolkan kehebatan negaranya, mereka meletakkan bendera negara mereka sebagai prop. Dari situ penonton merasakan seolah olah Amerika adalah sebuah negara yang gagah dan hebat persenjataan.

Aku harap penerbit filem bolehlah cuba meletakkan Jalur Gemilang sebagai prop. Kalau ada scene digerai makan, letakkan Jalur Gemilang dan fokuskan sesaat pada Jalur Gemilang. Tak ada salahnya. Cubalah tanam semangat cintakan negara disetiap filem yang dibuat. Tak kiralah filem cinta, hantu atau lawak bodoh. Letaklah Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kepada negara kita.

2 comments:

Asrul Rae said...

kalu filem melayu banyak juga dia letak unsur patriotik. terutama RTM.

Tapi patriotik RTM tak kena tempat. Semua drama RTM aku rasa kampung n low class. huhuh.

Satu lagi bendera malaysia ni sinonim dengan melayu kalu dalam filem RTM.

Alan said...

filem RTM tu filem apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...