Followers

Saturday, October 01, 2011

Vanishing On 7th Street - Pemikiran Orang Filem Malaysia


Malam tadi aku tengok cerita Vanishing On 7st Street. Aku langsung tak faham apa motif cerita tu. Start start je terus orang hilang. Semuanya sebab ada something yang muncul dalam gelap. Kiranya cerita tu macam ada hantu yang muncul dalam gelap. Kalau korang duduk dalam gelap, korang akan hilang diambil sesuatu.

Lepas tu aku terfikir, kenapa kalau cerita kat Malaysia, nak elemen seram mestilah cerita hantu. Kalau bukan cerita hantu tak boleh ada elemen seram ke? Aku terfikir juga yang apakah penerbit filem kat Malaysia jenis tak tengok wayang atau intenet. Kalau dilihat filem kat Malaysia, hanya ada tiga jenis yang balik balik dok tayang iaitu jenis hantu, jenis lawak bodoh dan cinta.

Dalam kepala otak penerbit filem Malaysia ni cuma tahu tiga benda ni je ke? Kalau buat filem lain selain dari hantu tapi ada elemen seram tak boleh ke? Hollywodd dah buat macam macam filem. Filem perang, filem koboi, filem cinta, filem lawak, filem aksi, filem hantu, filem alien.

Filem kat Malaysia cuma ada 3 iaitu filem hantu, filem cinta dan filem lawak. Kalau filem cinta tu + filem lawaklah. Sebab orang kat Malaysia ni semua bodoh bodoh belaka. Suka gelakkan orang dan suka kena gelak dek orang.

Malaysia ada filem aksi ke? Kalau tak salah aku tak banyaklah. KL Driff 1,2 dan KL Gengster. Itu jelah. Jangan sebut filem tahun 70,80 dan 90an. Tu semua filem lama. Orang tak ingat dah. Yang kita dok sebut filem sekarang.

Filem bercorak sejarah pun tak banyak. Itu boleh + filem perang macam Leftenan Adnan. Filem sejarahpun tak silap aku cuma ada dua iaitu Puteri Gunung Ledang dan Hikayat Merong Wahawangsa. Tolonglah bukalah minda tu sikit. Buatlah filem yang lain dari lain. Jangan setiap tahun temanya tetap sama. Cinta lawak hantu. 10 tahun dok ulang tema sama je.

Lagi satu jangan ler buat filem skema sangat. Cubalah buat filem alien yang real. Jangan buat filem alien lawak bodoh macam Senario pernah buat. Filem adalah imaginasi. So imaginasi boleh berbentuk apa saja. Ini balik balik filem hantu bodoh terjenguk jenguk celah pintu. Cubalah berwawasan sikit.

Lepas ni aku cakap pasal patriotik dalam filem



P/S: Sebenarnya aku bercadang nak buat entry ni selepas menonton cerita  Vanishing On 7th Street malam tadi. Tapi malangnya baru je aku taip ayat pertama, area rumah aku terus blackout. Ciss betul betul Vanishing On 7th Street berlaku malam tadi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...