Followers

Monday, October 03, 2011

Monday Blues - Kenapa Korang Kerja Tapi Tak Kaya ?


Kalau yang jenis malas kerja mesti selalu terkena sindrom "Monday Blues". Biasanya kalau kena sindrom ni pergi ofis mesti dengan muka berkerut. Cepat emo dan rasa nak mengamuk je. Nak nak pulak sampai je ofis bos dah mula memekak.

Aku jarang kena monday blues sebab bagi aku setiap hari kerja dah memang bosan. Memang menyampah nak pergi kerja. Kalau boleh memang taknak kerja langsung. Ada aku dah try dulu. Lebih kurang 4 bulan aku tak kerja. Tapi tak kaya kaya juga. Aku pernah kerja dekat setahun. Pun sama juga tak kaya kaya juga. Pelik aku. Kerja atau tidak, keputusannya tetap sama iaitu tak akan kaya.

Aku selalu terfikir, kenapa manusia ni cakap kalau nak kaya kena kerja. Aku dah try kerja tapi tak kaya. Orang yang cakap nak kaya kena kerjapun aku tengok dia tak kaya juga. Lebih kurang macam aku taraf hidup dia. So apa motif korang kerja?

Bagi aku yang cakap kalau nak kaya kena kerja, itu semua mengarut. Cuba korang tengok berapa hari korang kerja sebulan. Dan berapa banyak pulak duit yang korang dapat. Dan kira semula duit selepas ditolak dengan pembelanjaan harian korang untuk sebulan. Tengok berapa untung bersih yang korang ada? Adakah ianya sepadan dengan usaha korang tu?

Kalau jenis duduk KL tu aku rasa memang takde ler banyak bakinya. Bayau sewa rumah, api air, topop dan segala benda, berapa ringgit ler yang tinggal. Kalau dah kawin lagilah. So apa tujuan korang kerja gila gila tapi korang tetap tak kaya.

Apa tujuan korang sebenarnya?

1 comment:

Asrul Rae said...

ingat lagu senario?

'belum dapat gaji nak jimat tanak rugi,
lepas dapat gaji duit habis dijoli..'

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...