Followers

Monday, October 31, 2011

Lagu Puisi Syahdu

Zaman sekarang, tidak banyak lagu puisi ataupun lirik lagu yang baik dihasilkan. Kebanyakkan lagu sekarang semuanya berkisar kepada cinta, putus, cinta dan putus lagi. Lagu bertemakan rakyat, kehidupan dan alam tidak lagi dihasilkan.

Dahulu ditahun akhir 70an dan 80an, M.Nasir banyak menghasilkan lagu lagu sedemikian. Seperti lagu Sesat Di Ibu Kota, Impian Anak Jalanan, Rupa Tanpa Wajah, Senandung Buruh Kasar dan banyak lagilah. Ada juga kumpulan seperti Kopratasa, Harmoni, dan juga Blues Geng.

Balada Anak Desa nyanyian kumpulan Harmoni amat menyentuh hati aku. Susunan lirik dan melodi membuatkan aku terkenangkan suasana kampung ditahun 70 dan 80an. Dahulu suasana kampung adalah benau benau aman. Tak seperti sekarang budak kampung lebih banyak yang jadi mamat dadah dan mat rempit. Kampung sekarangpun dah tak macam kampung lagi.

Lagu Balada Seorang Gadis Kecil yang juga ciptaan Allahyarham Zubir Ali dari kumpulan Harmoni juga membawa mesej yang mendalam. Menceritakan kekejaman tentera yahudi zionis dibawah arahan Ariel Sharon yang mengempur kem pelarian Palestin. Peristiwa 16 hingga 18 September 1982 ini cukup menghayat hati. Lebih 3500 umat Islam Palestin dibunuh disembelih di Kem Perlarian Sabra dan Shatila, Beirut Lubnan.

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering air mata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa
Kekejaman manusia
Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban
Peperangan…….

4 comments:

ayunda maajis said...

mmm..emo lagi..mentang2 musim ujan ni...

alan said...

ayunda: apa kaitan ujan lak ni huhuhuhu

Afzainizam said...

eeemmmm lagu ni.... lagu puisi...

otai lelama ni selain berkarya ngan puisi ... diorang adaptasi jadi lagu... tu yang jadi malar segar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing crome sportrim

Alan said...

afzainizam: tulah pasal..sekarang ni xde lagu macam ni dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...