Followers

Monday, October 10, 2011

Elisya Broke Down

Hari sabtu hari tu aku hantar Elisya ke bengkel. Sebabnya aku rasa ada something wrong pada clutch dia. Sebelum tu pun dia dah semacam je rasa. Pick up pun dah kurang. Then hari jumaat time on the way nak pergi masjid, aku dengar macam bunyi patah or something. Pedalpun pijak dah rasa semacam.



So sabtu aku hantau ler ke bengkel. Bila test drive, pomen dah cakap clutch dia dah habis. Aku tinggal jelah Elisya kat bengkel sebab malas nak tunggu. Petang tu semua dah siap. Semua sekali aku kena RM400.00. Melayang lagi duit aku huhuhuhu.



Sampai licin tinggal besi je clutch aku. Punya lama tak tukar. Inipun nasib baik tak sangkut tengah jalan. Gearpun masuk senang lagi takde sekat sekat. Bila dah tukar terasa macam baru lepas overhoul je kereta. Keretapun rasa ringan melayang. Takde dah rasa berat melampau. Nasib baik je duit takde. Kalau tak rasa nak bubuh clutch plate racing je terus.

4 comments:

shaFazie said...

biasalah tu..kete kan nk dimanje2 kan jugak....

alan said...

kak jijah: poket aku pulak sapa nak manjakan hehehe

Afzainizam said...

OHHHHH kereta aku pernah mengalami nasib yang sama so aku tukar ngan clatch plate 1.5 punya... asal 1.3 mencanak pergi 1.5 tanpa ubahsuai enjin beb....

Cuma aku kena modal Crank shaf baru pasal asal 1.3 tak sesuai masuk plate 1.5

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa

Alan said...

nak cari gak tapi duit x cukup so malas nak suruh pomen tu buat macam macam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...