Followers

Friday, September 30, 2011

Undang Undang Bodoh


HAVANA - Pihak berkuasa Cuba membenarkan jualan kereta di antara individu mulai semalam, selepas diharamkan selama 50 tahun yang membuatkan negara komunis itu bagaikan muzium kereta-kereta vintaj.

Sebelum ini, rakyat Cuba hanya boleh menjual kereta yang dibina sebelum revolusi negara itu pada tahun 1959. Undang-undang baharu yang diterbitkan dalam Warta Rasmi itu dilihat sebagai sebahagian daripada siri pembaharuan yang dilakukan oleh Presiden Cuba, Raul Castro untuk mengurangkan kawalan kerajaan ke atas ekonomi dan menggalakkan perniagaan berskala kecil.

Undang-undang itu membolehkan pemindahan milik kenderaan dibuat bagi tujuan jual beli atau sumbangan dalam kalangan rakyat atau warga asing yang menetap di Cuba.

Bagaimanapun, rakyat biasa masih dilarang daripada membeli kereta baharu. Namun mereka yang membeli kereta buatan Rusia melalui majikan masing-masing sebelum tahun 1990 kini boleh menjualnya secara sah.

"Ini merupakan salah satu keputusan terbaik untuk rakyat. Kereta adalah keperluan, bukannya barang mewah," kata seorang penjual barang kemas, Angel Garcia, 40, yang memandu kereta era Soviet, Moskvich. - AFP

Hahaha undang undang bodoh macam inipun ada. Negara lain dah berpusing keliling dunia, tapi Cuba masih menjadi katak bawah tempurung. Inilah jadinya kalau mengambil idealogi komunis. Buat rakyat Malaysia yang tak reti bersyukur kerana lahir di sini, bawa bawalah insaf. Walaupun korang rasa hidup korang susah, tapi sebenarnya lebih ramai yang susah hidupnya dari korang.

4 comments:

Afzainizam said...

Perrrgghhh di larang guna kereta baru.... pelik betul lahhh.... mana nak maju negara macam ni.... kalau pemerintah pun tak bagi rakyat hidup selesa..... mmg kereta keperluan tapi kereta juga lambang status seseorang


Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda

Asrul Rae said...

Cuba negara maju la bro. Tahap literasi dia pun lagi tinggi dari Malaysia.

Cuma sebab dia anti-US jadi US paparkan berita buruk saja pasal Cuba.

Alan said...

afzainizam: kalau nak kereta lama boleh pergi Cuba hehe

Alan said...

asrul: betul ke maju? rasanya memang maju berbanding dengan Korea Utara tu. tapi macam biasalah kekayaan dia tak seimbang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...