Followers

Tuesday, September 13, 2011

Pengurusan Rakan Muda Siber

Dah lama aku tak cerita pasal diri aku sendiri. Sebenarnya update blogpun dah kurang hahaha. Oklah aku cerita ler apa yang aku buat baru baru ni. Sebenarnya aku ni baru je balik dari taklimat pengurusan pusat siber rakan muda.

Sepertimana yang mungkin aku pernah ceritakan dahulu, company aku kerja sememangnya mempunyai masalah didalam pengurusan. Aku dan semua penyelia pusat siber rakan muda tidak mendapat bayaran gaji sejak bulan april lagi. So pihak Kementerian Belia dan Sukan telah memanggil semua penyelia dan pihak syarikat untuk menyelesaikan masalah ini.









Dan semalam memang hebat bebudak penyelia hentam pihak syarikat depan pihak Kementerian. Sampai tak boleh jawap dah pihak syarikat mengapa mereka lewat bayar gaji kitaorang. Sudahnya pihak syarikat salahkan Kementerian. Dan Kementerian pulak cakap dah pihak syarikat yang tak betul. Last last pihak Kementerian dan syarikat pulak yang bergaduh hahahaha.

Anyway masalah gaji dah settle. Cuma tunggu je pihak syarikat bayau. Sepanjang 3 hari taklimat, pihak Kementerian menyediakan penginapan untuk kitaorang kat Hotel Grand Season KL. Memang klass ler. Sepanjang 3 hari kitaorang dok makan sedap sedap je. Lepas ni boleh ler panggil kami lagi hahahaha.

4 comments:

Asrul Rae said...

Rais Yatim nak jaga undi kau tu.. hahaha. Sebab tu dia kasi layanan special.

Alan said...

Menteri Belia dan Sukan Datuk Sabri Chik ler. Bukan Datuk Rais Yatim.

ko main petik je nama

Nadia said...

eh...pergi jugak ea???nad pon pergi..:)

new entry :: Taklimat Pengurusan Pusat Siber Rakan Muda 2011 ツ

Afzainizam said...

patut lerr ko tak nampak kelibatnyerrrr rupanya makan sedap sedap..... kat hotel plak tuuuu...


sabooorrrr kalau masuk duit nanti perrgghhh banyak lah yang ko dapat ye takkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...