Followers

Wednesday, September 14, 2011

Saya Sayang Malaysia



Sudah 54 tahun kita mencapai kemerdekaan. Dan tanpa disedari semenjak dari tahun 1957 sehingga 2011, kita sudah banyak berubah. Sama ada daripada pembangunan ekonomi, sosial, infrastruktur dan pemikiran. Dari zaman pertanian sehinggalah zaman perindustrian, kita telah bersama sama membawa negara menuju ke arah kemajuan.


Aku sebagai generasi yang lahir ditahun 80an dan membesar diakhir 80 dan 90an, sudah pastinya dapat melihat dan berbangga dengan perkembangan ini. Apatah lagi bagi mereka yang lahir sebelum merdeka. Sudah tentu mereka lebih berbangga kerana dapat melihat negara yang tercinta ini semakin maju dan makmur.

Orang orang terdahulu telah mengorbankan jiwa raga mereka untuk memastikan negara dan kita semua mendapat kebahagian. Dan sekarang sudah tiba masanya untuk kita menyambung kemajuan dan kemakmuran negara. Kita perlu mempertahankannya. Kerana ianya adalah amanah daripada orang terdahulu kepada kita dan kita bertanggungjawap untuk mewariskannya kepada generasi yang akan datang.


Aku sayangkan negara ini. Terlalu sayang malah ianya adalah satu satunya harta pusaka yang aku warisi daripada nenek moyangku.Semoga Malaysia terus maju dan makmur untuk generasi yang akan datang.

I Love Malaysia

1 comment:

Afzainizam said...

Malaysia negaraku
tiada berbilang hanya satu
negara tercinta sepanjang waktu tempat tumpah darahku.

Rukun negara kami junjungi
prinsipnya kami hayati
Jalur gemilang berkibar
megah di seluruh negara
kebanggaan kami semua
Lagu negaraku menyeru kami
bersatu dan maju


-----------------------------------
Salam Hari Malaysia Pada Semua
-----------------------------------

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tip membeli motorsikal second hand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...