Followers

Friday, September 30, 2011

Ejakulasi Pramatang


Seorang lelaki membatalkan niat merompak sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi di sini pagi ini selepas melihat kehadiran pengawal keselamatan bank itu yang lengkap bersenjata.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, dalam kejadian pada 10 pagi tadi, suspek dipercayai tiba bersama seorang rakan di bank itu dengan sebuah motosikal dan bersedia untuk merompak.

"Suspek memasuki bank sambil memakai helmet yang tidak menampakkan wajahnya itu dan terus mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan satu das tembakan ke siling.

"Namun selepas itu, dia teragak-agak untuk bertindak lanjut dipercayai terkejut dengan kehadiran seorang pengawal keselamatan yang bersedia dengan senjatanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Bodohnya mamat tu. Nak rompakpun usha ler line dulu. Ko main redah je apahal. Konon berani tapi bila nampak guard terus menyerah apasal. Tak gengster ler macam ni hahahaha.

2 comments:

Asrul Rae said...

Perompak geng otak slow. haha.

Afzainizam said...

perrgghhhh ada gak perompak yang camtu yerrr... kesian nyerr baik tak yah jadi perompak.... biarlahhh hati kering sikit baru macho


Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...