Followers

Thursday, September 29, 2011

Belia Malaysia Harus Bangkit - Unite And Fight !


Pada waktu Maghrib, hari Jumaat, 23 September 2011, berlaku peristiwa hitam dalam sejarah pergerakkan belia dan hubungannya dengan pihak berkuasa. Seramai 20 ke 30 orang anggota polis telah menyerbu ke pejabat MAYC Kebangsaan di Wisma Belia untuk menangkap Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Rivai Batubara kerana kononnya ceroboh berdasarkan kehadiran beliau di pejabat pada luar waktu pejabat.


Lebih mengecewakan lagi, tak puas mungkin kerana begitu ramai dikerah untuk menangkap seorang sahaja pemimpin belia, pihak polis juga mengambil keputusan untuk membawa juga ke balai, 3 orang pemimpin MAYC Wilayah Persekutuan yang kebetulan singgah sebentar ke pejabat untuk mengirimkan makanan untuk saudara Ansor, sekaligus menemani beliau makan. Alang-alang makan pun pemimpin belia boleh dicekup polis! HEBAT!

Tidak logik bila difikirkan bagaimana begitu ramai anggota polis, ada yang lengkap bersenjata api, boleh dihantar semata-mata untuk menangkap 4 pemimpin belia yang hanya sibuk makan di pejabat sendiri. Lebih hairan, anggota polis dipimpin oleh seorang pegawai yang begitu tinggi pangkatnya, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Ketua Polis DAERAH Brickfields! Malah pihak polis juga agak kabur tentang jenayah yang ditangani.

Sejak bilakah PDRM harus akur dengan arahan pemimpin politik, walau mantan menteri, apatah lagi kuncu-kuncunya, dalam menjalankan tugas? Tindakan polis menangkap serta melayan para pemimpin belia tersebut sebegitu rupa mungkin terlihat zalim, tetapi kezaliman tersebut menjadi-jadi bila kita difahamkan polis hanyalah senjata kekerasan yang digunakan untuk mengugut dan menakutkan pemimpin belia!

Sumber: Tangents

Kita harus bangkit mempertahankan hak kita. Jangan biarkan maruah dan kebebasan kita disekat oleh orang tertentu yang mahu terus berkuasa. Bangkit dan suarakan tentangan! Kita bukan seperti nenek moyang kita yang hanya mengikut kata kata pemimpin tanpa berfikir.

Kita adalah generasi akhir zaman. Kitalah yang harus menentukan halatuju diri kita. Bukannya orang lain yang masih bermimpi untuk memegang kuasa sehingga kiamat.

1 comment:

Afzainizam said...

Belia generasi penerus teraju kepimpinan negara...

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, ..


Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...