Followers

Sunday, August 07, 2011

Jual Agama Lebih Untung Dari Jual Unta


TERUS terang, CAK tak sangka perkara ini berlaku di kalangan insan beragama digelar ustaz dan ustazah serta mereka yang terbabit dalam urusan dakwah. CAK ingatkan mereka yang pakar dalam agama, termasuk ramai di kalangan mereka adalah hafiz serta hafizah, mampu menepis dugaan duniawi.

Lainlah macam CAK ini, orang biasa yang rendah ilmu pengetahuan agama, tidaklah sedalam mereka yang hebat itu. Namun, CAK tahu jugalah yang mana betul dan tidak betul. Yang mana boleh dibuat dan tidak boleh dibuat.

CAK bukan hendak komen mengenai cara penyampaian mereka atau pengisian syarahan yang disampaikan kerana semua ahli agama ini hebat belaka. Ada yang berkelulusan agama dari luar negara, termasuk Mesir, Jordan dan Syria.

Cuma CAK terperanjat mendengar sikap penceramah zaman sekarang yang mana kalau dijemput memberi ceramah, mereka bertanya berapa jam perlu berceramah dan berapa bayaran diletakkan dalam sampul. Maksudnya, mereka tak akan ‘bekerja lebih masa’.

Paling buat CAK tersedak sampai terkeluar air mata, ada di kalangan mereka yang sebaik saja mendapat sampul, terus tarik duit keluar depan penganjur dan merungut, ‘ha, banyak ini aje’. Biru sekejap muka penganjur.

Patutlah CAK tengok, walaupun semakin galak rancangan agama dihasilkan dan penceramah aktif menyampaikan ceramah sana sini, masalah sosial semakin berleluasa. Jadi CAK rasa, penceramah kena betulkan balik niat mereka.

CAK tak kata penceramah dan juga ustaz ini tak perlukan duit untuk hidup tetapi sebagai insan istimewa yang diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menyebarkan agama-Nya, mereka mestilah berhemah. - Harian Metro

Hahahaha benda ni biasalah. Duniakan dah akhir zaman. Ramai dah orang yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Akupun banyak kali dengar kes macam ni. Cuma tak pernah jumpa je lagi. Kalau tak memang aku maki dia depan depan. Lantaklah  sapa suruh dia demand macam dia artis panta*sial.

1 comment:

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis tayar kereta

eeemmm ada gak yang tergamak buat cam tu..... eeemmmm sanggup pulak tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...