Followers

Wednesday, July 06, 2011

Jantan Celaka !


JOHOR BAHRU: Sikap sambil lewa teman lelaki Nurrahayu Qomarodin, 16, disifatkan tidak bertanggungjawab menyebabkan mangsa bukan saja dipercayai dirogol, malah dibunuh sebelum dikerat dan dibakar.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan menjerit meminta teman lelakinya itu mengambilnya semula selepas lelaki itu meninggalkannya di pondok pengawal berhampiran rumahnya di tapak pembinaan dekat pekan Seri Alam dekat sini, 18 Jun lalu. Bagaimanapun, jeritan mangsa tidak diendahkan lelaki berusia 28 tahun itu yang terus berlalu kerana menyangka Arwah dimarah atau dibelasah bapanya.

Kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, menyifatkan tindakan juruteknik dari Rengit itu meninggalkan Ayu di depan pondok pengawal keselamatan di tapak pembinaan pekan Seri Alam pada jam 2 pagi, sebagai tidak bertanggungjawab.

“Dia sepatutnya mementingkan keselamatan arwah, menghantar adik hingga ke rumah. Selain itu, mengapa dia menunggu hingga dua hari sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga, sedangkan dia boleh datang seawal mungkin memaklumkan kepada kami.

“Biarpun pemergian Ayu ketentuan Allah, namun kami terkilan dengan tindakannya yang menyebabkan Ayu mati dalam keadaan amat kejam. Dia mendengar jeritan Ayu ketika dipukul lelaki tidak dikenali, arwah merayu dia datang kembali dan mengambilnya tetapi kenapa dia tidak berpatah balik,” katanya.- Metro

Jantan ni memang patut dibelasah. Bangang gila jantan ni. Orang lain bercinta ko pun nak bercinta. Tapi perangai bodoh melantun lantun. Eloknya jantan ni ditangkap polis juga. Keluarga Allahyarham patut saman jantan ni. Jangan bagi dia bebas macam tu je. Buat malu orang lelaki je jantan macam ni.

6 comments:

Asrul.Rae said...

betul ke boyfriend dia tu lari. entah2 bf dia yang buat dulu.

pastu passing 'tugas belum selesai' pada abang pengawal. dia cuci tangan, pengawal jadi kambing hitam



kasian awek tu.

enyheartsdiamond said...

lelaki sepatutnya bersifat melindungi.. sian si gadis :|

nurain said...

peh..memang siot perangai!

Alan said...

asrul: tu pasal kasi hentak jantan tu

Alan said...

eny: tau xpe

Alan said...

nurain: memang siot pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...