Followers

Wednesday, June 01, 2011

Mengindahkan Sungai


Kalau korang baca dalam Utusan Malaysia hari ni, ada satu artikel berkaitan dengan program mengindahkan sungai di KL. Bagi aku program ni bukan tak elok. Cuma rasanya adakan program ini benar benar berkesan? Dan korang rasa dari mana datangnya kekotoran tu?


Kalau korang lihat longkang kat rumah korang, korang rasa longkang tu mengalir ke mana? Longkang kat Malaysia ni mengalir ke dalam parit dan seterusnya dibawa ke sungai. Nah sebenarnya kekotoran sungai berpunca daripada rumah kita. Itu belum campur dari longkang kawasan perindustrian dan perniagaan. Lagi lahanat longkang dia.

Selain itu, sampah sarap yang dicampak kedalam sungai tidak seberapa jika dibandingkan dengan sampah yang dicampak kedalam longkang. Sepatutnya longkang yang dibina di Malaysia bukan terus dihalakan kedalam sungai sebaliknya dihala kesebuah kawasan tadahan. Dari situ segala sampah sarap dibuang dan barulah air disalirkan kedalam sungai.

Besaunya Kopek
Dan sepatutnya ianya dimulakan sejak 30 tahun lalu. Ini bila longkang dah berselirat, sungai dah tercemar teruk barulah kita terhegeh hegeh nak bersihkan sungai. Setakat menanam bunga ditebing sungai tidak memadai. Sungai perlu dibersihkan daripada hulu dan sepanjang tebing sungai. Pastikan tiada saliran longkang disambung terus ke sungai melainkan air longkang itu bersih daripada sisa sampah dan kotoran.

Sikap dan minda rakyat negara ini juga perlu diubah. Inilah yang paling sukar sekali hendak dibuat jika dibandingkan dengan membersihkan sungai. Selagi wujudnya manusia manusia yang berakal seperti cicak toket kat negara ni, selagi itulah sungai di Malaysia ini susah dibersihkan.

1 comment:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jumlah claim insuran kereta kemalangan

An-Nisaa [15] Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...